Zaman sekarang, banyak penyakit mental dialami oleh masyarakat kita. Jika dahulu ianya banyak berlaku kepada masyarakat barat, kini ia semakin banyak menular ke dalam masyarakat kita. Penyakit yang hanya boleh didiagnosed oleh pakar sakit jiwa.
Seseorang yang yang nampak normal pada luaran, tidak semestinya bebas daripada penyakit jiwa ini. Yang ada masalah penyakit jiwa ini pun kadang-kadang tidak tahu yang dia mengalami masalah jiwa sekiranya tidak berjumpa doktor pakar jiwa yang boleh mengesahkan penyakit ini.
Jika artikel sebelum ini kami berkongsi tentang penyakit depressi dan bezanya dengan ‘stress’, kali ini kami kongsikan tentang fakta satu lagi penyakit jiwa iaitu Borderline Personality Disorder.
Apa itu Borderline Personality Disorder (BPD)
Borderline Personality Disorder (Gangguan personaliti sempadan), yang juga dikenali sebagai gangguan personaliti yang tidak stabil, adalah corak jangka panjang perilaku tidak normal yang ditandai dengan hubungan yang tidak stabil dengan orang lain, rasa tidak stabil diri dan emosi. Selalunya membawa tingkah laku berbahaya dan kecederaan diri.
Orang ada penyakit ini selalu berjuang dengan rasa kekosongan dan ketakutan jika ditinggalkan. Tingkah laku ini biasanya bermula di awal umur dewasa, dan berlaku di pelbagai situasi. Penyalahgunaan bahan larangan, kemurungan, dan gangguan makan biasanya dikaitkan dengan BPD. Kira-kira 10% orang yang mengalami penyakit jiwa ini mati akibat bunuh diri.
Penyebab BPD tidak jelas, tetapi ia seolah-olah melibatkan faktor-faktor seperti genetik, otak, alam sekitar, dan sosial. Ia berlaku kira-kira lima kali lebih kerap jika seseorang itu mempunyai saudara dekat yang ada mengalami penyakit ini. Peristiwa buruk dalam kehidupan juga boleh memainkan peranan.
Kira-kira 1.6% orang mempunyai BPD dalam satu tahun. Wanita didiagnosis kira-kira tiga kali lebih kerap sebagai lelaki. Penyakit ini kurang terjadi kepada orang tua. Separuh daripada pesakit bertambah baik dalam tempoh sepuluh tahun.
Fakta Ciri Borderline Personality Disorder:
1. Nama lain: emotionally unstable personality disorder
2. Masalah personaliti jangka panjang yang dicirikan oleh ketidakstabilan dalam perhubungan, ketidakstabilan emosi dan jati diri (sense of self)
3. Mereka cenderung untuk bertindak impulsif akibat dari ciri di atas serta sentiasa takut akan ditinggalkan dalam perhubungan (fear of abandonment).
4. Insidens mencederakan diri sendiri adalah tinggi berbanding orang lain kerana ketidakstabilan emosi tadi
5. Cenderung untuk melihat sesuatu perkara dalam julat yang ekstrem: semua sempurna atau semua tak guna (black & white thinking pattern, all or none)
6. Pendapat dan pandangan pada orang lain juga boleh berubah sekelip mata. Sangat benci – sangat suka/sayang atau sebaliknya.
7. Pemikiran atau ancaman ingin mati yang berulang kadang tanpa sebab.
8. Perubahan mood dan emosi yang ‘intense’ selama beberapa jam ke beberapa hari.
9. Berasa kesunyian dan ada isu dalam pengawalan kemarahan. Sukar mempercayai orang lain
10. Sifat impulsif boleh mengakibatkan mereka terjerumus kepada gaya hidup yang tidak sihat.
Tidak semua ciri ada pada seseorang yang mempunyai personaliti ini. Namun, diagnosis boleh dilakukan bersama pakar atau pegawai psikologi klinikal.
Fokus terapi ialah untuk membantu mereka melalui episod emosi ekstrem dan krisis yang dialami bagi membolehkan mereka mempunyai kualiti hidup yang baik. Terapi berpanjangan diperlukan dan melibatkan banyak pihak.
Sesiapa yang rasa ada ciri-ciri ini eloklah pergi berjumpa pakar untuk pengesahan. Rawatan segera mungkin boleh mengelakkan anda melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada diri anda sendiri. Diharap sedikit pendedahan ini memberi sesuatu anda dalam mengenal salah satu penyakit jiwa ini.