5 Peribahasa Melayu Yang Mengelirukan


Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat indah dan unik. Penggunaan bahasa melayu di zaman dahulu adalah lebih indah berbanding zaman sekarang. Rata-rata orang terdahulu menggunakan bahasa kiasan atau peribahasa dalam menyampaikan sesuatu secara sinis dan berbudi bahasa. Bahasa kiasan ini yang mencantikkan lagi bahasa kita dan menjadikan bahasa kita lebih menarik.

Namun begitu, terdapat beberapa peribahasa yang mengelirukan yang sering menyebabkan orang ramai tersalah faham atau menyebutnya.

  1. Melepaskan batuk di tangga
    Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Tapi bagaimana untuk kita mengaitkan dengan kelakuan melepaskan batuk di tangga dengan maksud peribahasa ini?

    Sebenarnya terdapat kesilapan yang ramai tidak tahu mengenai peribahasa ini iaitu pengunaan perkataan batuk. Perkataan yang betul adalah BATOK iaitu tempurung kelapa yang dijadikan pencedok air. Zaman dahulu, tempayan berisi air dan juga batok diletakkan di tepi tangga bagi membolehkan mereka membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Jadi, kelakuan melepaskan batok di tangga adalah kelakuan seorang yang malas kerana tidak meletakkannya kembali di tempat asal.

  2. Harapkan pagar, pagar makan padi
    Peribahasa ini membawa maksud kepercayaan yang diberikan kepada seseorang tetapi dikhianati. Jika difikirkan secara logik, bagaimana pagar yang diharapkan untuk menjaga kawasan sawah pagi itu memakan padi?

    Perkataan yang sebenarnya bukan lah pagar yang kite fikirkan tetapi PEGAR iaitu sejenis burung yang suka memakan serangga yang merosakkan padi. Orang zaman dahulu mengharapkan burung pegar untuk memakan serangga perosak tapi mereka tidak sedar bahawa burung pegar juga memakan padi yang ditanam.

  3. Mata keranjang
    Peribahasa ini membawa maksud seseorang yang suka melihat wanita cantik. Jadi bagaimana keranjang boleh dikaitkan dengan sikap lelaki yang suka melihat wanita cantik. Keranjang yang sebenarnya adalah rotan yang dijadikan bakul.

    Perkataan yang sebenarnya bukan lah keranjang tapi KE RANJANG. Lelaki mata ke ranjang bermaksud mereka yang suka melihat perempuan cantik dan dibayangkan sehingga ke ranjang.

  4. Saling tak tumpah
    Maksud peribahasa ini adalah benar-benar sama atau serupa. Namun terdapat kesalahan ejaan di sini yang sebenarnya adalah SALIN, bukan saling. Salin menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud menekap, meniru atau mendua.
  5. Merah padam
    Maksudnya warna merah kemerah-merahan. Perkataan ini selalu digunakan apabila seseorang menahan merasa malu dan mukanya menjadi kemerah-merahanan.

    Perkataan yang sebenar adalah merah PADMA. Padma adalah sejenis bunga teratai yang mempunyai warna kemerah-merahan. Jadi bagaimana peribahasa ini boleh ter’typo’ sekian lama.

    Sebenarnya kesilapan ini berpunca dari penterjemahan tulisan jawi kepada tulisan rumi. Zaman dahulu kebanyakan tulisan yang direkodkan adalah menggunakan tulisan jawi dan kesilapan penterjemahan ini menyebabkan ia terus disalah guna sehingga kini.

Jadi kini anda sudah tahu dimana silapnya penggunaan peribahasa ini dan harapnya selepas ini tiada lagi kekeliruan ayat-ayat berkias dengan maksud yang hendak disampaikan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini