6 Cara Terbaik Mendidik Anak Ikut Amalan Rasulullah SAW

tips didik anak

Apabila anak-anak selalu dimarahi, perasaan takut atau ‘gerun’ apabila dimarah sudai tiada lagi. Minda dan hati mereka menjadi lebih kebal dengan kata-kata amaran. Sudah imune!

Tidak rasa takut. 
Tidak rasa sedih.
Tidak kecil hati.
Tidak kecewa.
Tidak menangis.
Langsung tidak.

Kata orang, ‘buat dek’ saja.

Ini tanda amaran yang BAHAYA.

CARA RASULLULLAH SAW MENDIDIK ANAK:

#1 Menasihati terlebih dahulu.

Anak yang nakal perlu diberitahu kesalahan mereka sehingga mereka memahami kenapa itu slaah, ini salah dan tidak terus mengulanginya. Nasihatlah anak baik-baik sehingga mereka betul-betul faham yang perkara yang dilakukannya adalah salah.

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah bin Abbas RA,

“Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan beberapa kalimat (nasihat) kepadamu: jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka dia akan menjagamu, jagalah batasan-batasan (syariat) maka kamu akan mendapati-Nya dihadapanmu.

tips didik anak
Kredit: bidadari.my

#2 Menggantung rotan/alat pemukul di dalam rumah.

Menggantung rotan/alat pemukul di dalam rumah bukan bermaksud setiap kali anak melakukan kesalahan atau kenakalan akan dipukul. Ianya sebagai maksud tersirat dan mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang salah.

Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari,

“Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk mengantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksudkan adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.

#3 Menampakkan muka masam.

Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW dalam mendidik anak yang nakal. Dengan harapan, anak akan sedar kesalahannya yang membuatkan orang tuanya kecewa.

#4 Menegur dengan suara keras.

Semasa pertama kali menasihati anak yang melakukan kesalahan, tegurlah dengan lemah-lembut. Jika tiada perubahan dan masih mengulangi kesalahan yang sama maka tegurlah secara keras  supaya anak-anak sedar bahawa perbuatannya sangat tidak elok dan memudaratkan.

#5 Tidak menegur.

Diamkan anak untuk beberapa saat hingga anak menyedari kesalahannya. Jika anak tetap melakukan kesalahan yang sama meskipun sudah ditegur jadi biarkan anak merasakan merasai ‘kesakitan’ akibat kelakuannya. Tetapi jika perbuatannya jelas membahayakan nyawa anak, lebih baik dihukum sebelum terlambat.

#6 Memberi hukuman ringan yang tidak melanggar hukum agama.

Hukuman adalah jalan terakhir supaya anak tidak mengulangi lagi perbuatannya yang memudaratkan. Tetapi hukuman yang dikenakan mestilah berpada-pada dan tidak melangkaui batas syariatnya.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini