Antara perkara yang menarik dalam Bajet 2020 hari ini adalah peruntukan yang disediakan untuk Kementerian Belia Dan Sukan. Rata-rata mengetahui ia diketuai oleh YB Syed Saddiq sebagai Menteri KBS. Maka, dibawah adalah intipati kepada peruntukan yang bakal diterima oleh kementerian beliau.

Secara keseluruhannya untuk tahun 2020, Kementerian Belia dan Sukan akan menerima bajet sebanyak RM1.2 bilion. Dimana melalui bajet ini ia mengalami kenaikan sebanyak 10.9%.
Dalam mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 30) langkah-langkah teras telah dimasukan dalam Bajet 2020 sejajar dengan stategi tujuh (7) SPV30 yang telah digariskan menerusi YAB Perdana Menteri bagi tujuan tiada rakyat yang ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Antara program-program pembangunan belia dan sukan, adalah seperti berikut:
Untuk pembangunan belia sebanyak RM138juta diperuntukkan bagi memperkasakan Youth Power Club (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan juga Volunteerism Initiatives (Inisiatif Sukarelawan).
- Youth Power Club (YPC) – Kelab Pemuda Belia yang menjadi platform untuk menyatukan semua gerakan belia dan sukan bagi membantu remaja dalam memberi tumpuan kepada aktiviti komuniti, sambil melatih mereka sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.
- Malaysia Future Leaders School (MFLS) – Sebuah program baharu yang menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dirangka secara holistik untuk remaja berusia 15-17 tahun, dengan gabungan kegiatan ‘indoor’ (dalaman) dan ‘outdoor’ (luaran) yang berimpak tinggi.
Melalui program Malaysia Kerja atau dengan hashtag rasminya #MALAYSIAKERJA, ia dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan negara terhadap penggunaan 130,000 pekerja asing. Program ini dipecahkan kepada 4 kategori, iaitu:

1. GRADUATES@WORK – #GRADUANKERJA
- Untuk graduan yang menganggur lebih daripada 12 bulan.
- Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.
- Bagi majikan pula: Insentif penawaran pekerjaan kepada setiap graduan diatas akan melayakkan majikan menerima sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.
2. WOMENS@WORK – #WANITAKERJA
Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur dalam lingkungan 30-50 tahun akan layak mendapat insentif seperti berikut:
- RM500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif upah.
- Insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
- Dan bagi majikan pula yang menerima golongan wanita ini untuk bekerja, akan melayakkan mereka menerima RM300 sebulan untuk tempoh 2 tahun.
3. LOCALS@WORK – #WATANKERJA
- Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM200 / RM500) selama 2 tahun
- Manakala bagi majikan pula: Layak menerima insentif sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun sekiranya menggaji pekerja diatas.
- Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.
- Pembangunan Belia (YPC, MFLS, inisiatif sukarelawan) – RMXXX juta
4. APPRENTICE@WORK (TVET) – #PERANTISKERJA
- Menyediakan elaun tambahan RM100 untuk pelatih TVET.
- Insentif cukai dilanjutkan untuk mereka yang terlibat dalam Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun.
- Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja
Menerusi pembangunan TVET pula, iaitu singkatan bagi Technical and Vocational Education and Training (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), peruntukan disediakan bagi mengarus perdana TVET. Ianya melalui beberapa program lain yang melibatkan:
- RM50 juta melalui PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) untuk membiayai kursus TVET
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA)
- Untuk menambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri.
- Menyediakan dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
- Meningkatkan keterlibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA
- Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
- dan, rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.

Untuk pembangunan sukan pula, sebanyak RM179 juta diperuntukkan bagi membuat persediaan para atlit ke kejohanan berprestij seperti Tokyo Olimpik 2020, Hanoi Sea Games 2020 dan juga tidak dilupakan kejohanan yang melibatkan atlet paralimpik.

Seterusnya, program sukan untuk wanita dimana peruntukan sebanyak RM299 juta bagi proses pembinaan fasiliti serta naik taraf kemudahan sukan termasuklah:
- Kompleks Belia Dan Sukan, dan
- Pusat Sukan Negeri
eSukan juga menerima peruntukan sebanyak RM20 juta. Ini kerana industri eSukan adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Ini kerana YB Syed Saddiq berpendapat bahawa eSukan merupakan langkah awal anak muda bersedia dalam Revolusi Industri 4.0.

Dan akhir sekali, iaitu peruntukan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara dimana RM45 juta diperuntukkan bagi meningkatkan lagi mutu pelapis-pelapis pemain negara tersebut hingga ke peringkat yang lebih membanggakan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bajet 2020 ini, boleh dirujuk kepada:
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570
Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia
Website : www.kbs.gov.my