Kadang-kadang kita diuji dengan ujian bertimpa-timpa oleh Allah. Tengah pening dengan masalah yang sedia ada yang masih belum selesai, datang pula masalah yang baru. Rasa gelap dunia dan tak tahu macamana dah nak selesaikan masalah-masalah tersebut. Rasa tak tahan sangat dah untuk bersabar.
Ketika diuji macam ni, teruskan sabar. Dalam kepala terus ingat kepada Allah. Ingat, Allah uji macam ni sebab Dia sayang kita. Dengan ujian macam ni lah kita akan dekat kepadanya.
Sungguh…! Cuba fikir. Kita nak berharap kepada siapa lagi? Tak ada tempat dah kita nak bergantung harap. Hanya Allah sahaja tempat kita mengadu.
Jadi mengadulah..! Mengadulah dengan Allah. Dia maha mendengar aduan hambaNya. Masa ni lah sepatutnya kita makin dekat denganNya. Masa ni lah kita mengadu dan berharap denganNya dalam doa dan zikir kita.
Ya susah.. bukan senang nak sabar. Tambah lagi ujian yang diterima amat besar buat kita. Itu yang kita rasa. Tapi hakikatnya Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan makhlukNya.

Kita rasa ujian kita kena hadap ni besar. Tapi cuba renung sejenak. Lihat orang lain yang lebih berat ujian mereka. Adakah kita masih lagi terasa ujian kita terima tersebut besar?
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra’d 13:28) |
Antara cara nak dapatkan hati yang tenang:
- Salah satu cara nak bagi hati tenang, bacalah Al-Quran. Mula-mula baca memang hati masih bergolak. Tapi lama-kelamaan hati kita makin lembut dan akan jinak. Cubalah.. !
- Ataupun solat 2 rakaat. Mengadu dengan Allah akan nasib kita. Menangislah..! Berdoa minta petunjuk.. insyaAllah paling tidak kita akan lebih tenang. Cubalah..!
Itulah alkisahnya..
Abam Hoq (FB: Ishak Ismail),
Insan yang sedang diuji…