Fakta dan Mitos Tentang Autisme, Apa Yang Sebenar dan Apa Yang Anda Tersalah Anggap..!


Ramai yang masih jahil tentang Autisme. Kadangkala kita rasa kita dah tahu pasal Autisme ni tapi sebenarnya tidak. Mungkin sikap tidak cakna, malas membaca, dan suka buat anggapan (assumption) menjadikan seseorang itu berterusan berada dalam kegelapan tentang apa sebenarnya Autisme ini.

Mujurlah sekarang ni ada banyak maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai media massa dan eletronik oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang Austisme. Setidak-tidaknya maklumat tentangnya senang untuk diperolehi.

Adanya persatuan dan kumpulan sokongan untuk hal-hal berkaitan Autisme juga banyak membantu ibubapa yang mempunyai anak Autisme untuk bertanya dan mencari maklumat. Orang awam juga banyak mendapat manfaat daripada mereka ini.

Artikel ini bukanlah ingin mengupas secara terperinci tentang Autisme. Untuk kupasan terperinci, ia mungkin mengambil masa yang lama dan research yang panjang lebar. Dan kami bukanlah pakar untuk menghuraikan tentang Autisme ini.

Di sini kami hanya ingin berkongsi tentang beberapa fakta sebenar tentang Autisme dan apa mitos yang biasa orang ramai terfikir tentangnya.

Fakta-fakta tentang Autisme:

  • Ia bukanlah sejenis penyakit
  • Ia merupakan satu kondisi yang mempunyai spektrum yag tersendiri
  • 1 daripada 68 individu dalam dunia ini mempunyai Autisme
  • Ia boleh didiagnos oleh pakar seawal usia 18 bulan
  • Penyebab Autisme ini masih belum diketahui
  • Penawarnya juga masih belum ditemui hingga saat ini

Ini pula mitos tentang Autisme ataupun fakta yang salah yang selalu dianggap oleh orang awam:

  • Semua individu Autisme adalah hiperaktif/aggressif/terencat akal
  • gajet adalah penyebab utama Autisme
  • Vaksin adalah antara salah satu sebab Autisme
  • Austisme adalah berpunca daripada gangguan makhluk halus ataupun hal-hal mistik
  • Semua individu Autisme adalah berbakat

Nota kaki:
Ibubapa yang mempunyai anak Autisme boleh memohon untuk mendapat kad OKU bagi kemudahan anak Autisme. Biasanya pakar kanak-kanak akan buat surat untuk permohonan kad OKU. Ini pun selepas melalui beberapa proses seperti perjumpaan dengan pakar psikiatri, therapist dan pakar kanak-kanak (Paed) itu sendiri. Surat tersebut boleh dibawa ke JKM utk pendaftaran kad OKU.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini