Gejala Nomophobia Dan Ketagih Kepada Telefon Pintar Semakin Membimbangkan


Gejala nomophobia semakin hari semakin menular dikalangan masyarakat. Situasi ini menjadi semakin parah apabila wujudnya aplikasi-aplikasi sosial media yang tumbuh seperti cendawan seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok, WhatsApp, dan seumpama dengannya.

Nomophobia iaitu nama singkatan bagi “no-mobile-phone-phobia” merupakan sindrom kepada ketakutan tidak mempunyai telefon pintar atau akses kepada telefon pintar.

 

Bagi mereka yang menghidap nomophobia ini, mereka cenderung untuk mengabaikan kehidupan mereka di dunia nyata. Beberapa simptom yang dapat dilihat dengan ketara keatas seseorang individu yang mengalami Nomophobia antaranya:

  1. Menjadi cepat marah dan gelisah apabila telefon tidak dapat dijumpai.
  2. Apabila isyarat telefon pintar pula tidak memuaskan, mereka mudah hilang mood.
  3. Lebih mementingkan pakej kredit dan data internet daripada segala benda yang lain.
  4. Mereka yang mengalami nomophobia ini sering membawa powerbank kehulu dan kehilir Powerbank agar telefon pintar mereka tidak berpeluang kehabisan bateri.
  5. Sanggup memasuki tandas dengan membawa telefon ke bilik air ataupun bilik mandi.
  6. Diwaktu lapang, tanpa apa-apa tujuan mereka lebih cenderung untuk scroll dan melihat  skrin telefon.
  7. Tempat kegemaran mereka untuk melepak adalah tempat yang menyediakan WiFi percuma.
  8. Sentiasa memuat turun gambar selfie di sosial media untuk menagih banyak komen, like dan pujian. Lebih banyak jumlah engagement yang diterima, lebih membanggakan mereka.
  9. Mereka juga lebih mudah percayakan berita yang dijumpai di internet berbanding apa yang dilaporkan di akhbar ataupun siaran berita meskipun kebanyakan berita yang dijumpai itu adalah rekaan semata-mata.
  10. Aktiviti pertama mereka apabila bangkit dari tidur adalah dengan mencari telefon dan mula menyemak akaun media sosial mereka satu per satu.

Satu fakta yang mengerikan juga bila mana, nomophobia boleh hadir pada semua peringkat umur. Tidak kira anak anda yang baru berusia 5 tahun ataupun lebih muda, tetapi sebagai contoh; sekiranya dia sudah mula ketagih untuk menonton Youtube tanpa mengira waktu, itu adalah simptom awal yang perlu diambil beratkan.

Berita baiknya nomophobia bukanlah tidak boleh dirawat. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh diambil bagi tujuan merawat dan salah satunya daripadanya adalah gabungan tranylcypromine dan clonazepam. Namun difahamkan ubat tersebut sebenarnya bukanlah secara langsung menyembuhkan nomophobia, sebaliknya tujuan asal ubat itu direka adalah untuk gangguan kebimbangan bersosial (social anxiety disorder).


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini