Jangan upload gambar baby sebelum usianya 44 hari!


Siapa yang tidak teruja bila dapat anak kan, lebih-lebih lagi bila anak pertama. Kegembiraan itu semestinya nak dikongsikan dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Sebab tu ada yang belum pun 24 jam anak dilahirkan, gambarnya dah dikongsikan di media sosial untuk tontonan umum.

Ia bukan satu kesalahan pun, cuma kita kena beringat bahawa bayi yang baru lahir adalah sangat fragile dan berisiko kepada dua permasalah rohani iaitu Ummu Sibyan dan Al Ain.

Ummu Sibyan adalah berkaitan dengan jin yang sangat suka dengar tangisan bayi baru lahir, jadi langkah mengelakkan gangguan Ummu Sibyan ni biasenyer kite kena azankan kat telinga bayi sebaik sahaja dilahirkan.

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). “

Kebanyakan hospital pun dah alert pasal azankan bayi baru lahir dan mereka sendiri biasanya akan berikan ruang kepada si bapa untuk azankan anak. Tapi kalau bayi masih jugak kerap menangis, boleh ikhtiar dengan azankan secara perlahan ke telinga bayi setiap kali masuk waktu solat.

Tapi apa kaitan pulak dengan upload gambar bayi ke social media? Ia berkaitan dengan sejenis lagi penyakit yang dipanggil Al Ain.

Apabila gambar bayi dipamerkan di media social secara terbuka, ia mungkin terdedah dengan perasaan cemburu atau iri hati mereka yang melihatnya. Mungkin ia tidak dinyatakan secara jelas tapi perasaan sebegitu cukup untuk memberikan impak kepada permasalahan Al Ain.

Lagi pula dunia maya adalah sangat berbeza, jari yang menaip tak semestinya seiring dengan hati dan mulut. Mungkin jari menaip “comeynyaaaaaa” tapi disebaliknya mulut sedang mengumpat “jangan la budak ni ikut perangai bapak dia yang ntah hape-hape tuuu…”

Atau pun semasa melihat gambar bayi, mulut sedang memperkatakan sesuatu yang tidak baik walaupun ia tiada kaitan dengan bayi atau keluarga tersebut. Dikhuatiri benda-benda tak elok itu terkena pada baby melalui pandangan mata bila dia semasa dia sedang melihat gambar.

Jadi Al Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata.  Al Ain ini seperti yang dinyatakan dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyAllahu Anhu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar, maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah” (Hadith riwayat Muslim) 

Antara tanda-tanda bayi yang terkena penyakit rohani Al Ain adalah baby kerap menangis tanpa sebab dan berterusan, keadaan fizikal baby yang kurus dan seolah kekurangan zat, masalah sakit kulit yang sukar sembuh dan bermacam-macam lagi.

Kaedah merawat yang boleh diambil adalah setiap kali baby menerima pujian, letakkan tangan kanan di atas kepalanya dan bacakan ayat Taawudz.

“ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”  

Aku berlindung diri kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.

Diharapkan semoga selepas ini kita lebih berhati-hati bagi mencegah penyakit al ain yang mungkin berpunca dari tindakan kita tanpa sedar.


1 komen

  1. penyakit Al Ain bukan hanya berpunca dari pandangan mata yang dengki sahaja.. yang terlalu kagum pun blh jd punca terkena penyakit ain. ada kisah sahabat yg terkena penyakit ain di zaman rasulullah. sahabat yg tgk badan sahabat lain semasa sedang mandi tu bukan benci dan mengutuk pun tp dia kagum secara keterlaluan dgn kesempurnaan bahagian badan (sebelah atas) sahabatnya itu.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini