Kehilangan suara atau menjadi serak amat mencabar, terutama kepada mereka yang mencari rezeki melalui suara. Penyanyi, pensyarah, ahli politik dan banyak lagi individu amat memerlukan kelantangan bersuara.
Hakikatnya, tiada siapa yang menafikan bahawa suara mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap orang untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej kepada individu lain.
Pita suara terletak di dalam tekak yang melancarkan fungsi pernafasan, mencegah makanan masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkan kahak apabila batuk selain menghasilkan suara. Namun, tanpa disedari pita suara yang berfungsi untuk menghasilkan suara ketika bercakap boleh mengalami kelumpuhan.
Oh ye, suara yang hilang di sini bukan bermaksud anda tidak mampu bercakap sama sekali. Hanya saja suara yang keluar cenderung menjadi serak dan lebih teruk lagi nyaris tidak kedengaran.
Apa Punca Suara Serak?
Banyak punca yang boleh menyebabkan suara serak. Selain daripada jangkitan kuman di saluran pernafasan, suara serak juga boleh terjadi disebabkan batuk yang kronik, kecederaan pada pita suara, gangguan kelenjar tiroid, alergi, aneurisma aorta dan dsb.
Cara Pulihkan Suara Serak.
1# Jaga Kesihatan
Amalkan cara hidup sihat. Lakukan senaman, amalkan diet yang sihat, rehat secukupnya serta urus dan kawal emosi atau tekanan dengan bijak.
Berhenti merokok. Merokok boleh menyebabkan risiko mendapat kanser paru-paru dan tekak. Keradangan dan ‘polyps’ (benjolan kecil) pada lapisan pita suara juga boleh berlaku. Ini akan menyebabkan suara menjadi serak, kasar dan lemah.
2# Jaga Pemakanan
Amalkan cara hidup sihat. Lakukan senaman, amalkan diet yang sihat, rehat secukupnya serta urus dan kawal emosi atau tekanan dengan bijak.
Berhenti merokok. Merokok boleh menyebabkan risiko mendapat kanser paru-paru dan tekak. Keradangan dan ‘polyps’ (benjolan kecil) pada lapisan pita suara juga boleh berlaku. Ini akan menyebabkan suara menjadi serak, kasar dan lemah.
3# Jaga Penggunaan Suara
Rehatkan suara. Kurangkan bercakap dalam satu jangka masa lama. Kurangkan bercakap semasa selesema, batuk, sakit tekak dan demam.
Elakkan daripada menjerit atau bercakap dengan kuat. Berhenti bercakap dan berehat seketika apabila tekak terasa kering atau penat.
Elakkan daripada berbisik. Berbisik akan menyebabkan ketegangan pada pita suara. Justeru, perlahankan suara saja semasa bercakap.
Kurangkan berdehem dan batuk dengan kuat. Berdehem atau batuk yang berlebihan akan menyebabkan kecederaan pada pita suara. Minum air atau menelan air liur untuk mengurangkan kekerapan berdehem atau batuk.
Gunakan pernafasan dan postur badan yang betul semasa bercakap. Aliran pernafasan yang baik boleh membantu penghasilan suara dengan lebih baik.
Penghasilan suara yang baik adalah semasa menghembus nafas dan bukan semasa menarik nafas.
Gunakan mikrofon apabila bercakap di depan kumpulan orang yang ramai atau membuat pembentangan. Penggunaan mikrofon dapat membantu mengurangkan ketegangan pada peti suara anda.
Kesimpulan.
Anda tetap boleh berboleh bercakap, tapi dengan nada suara yang biasa dan tenang. Tidak perlulah untuk berbisik-bisik. Tahu tak, dengan cara berbisik akan memaksa pita suara untuk bekerja lebih keras berbanding ketika anda bercakap mengguna nada normal.