Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Service Tax(SST) yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD) akan dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 September 2018 (Esok!!!)
Langkah pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST pada kadar 6% telah membuka laluan untuk SST 2.0 diperkenalkan semula, yang akan dikuatkuasakan pada 1 September 2018.
Sebelum GST pada kadar 6% (yang diperkenalkan pada 2015), Malaysia melaksana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ditadbir di bawah Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Cukai Jualan merupakan cukai persekutuan yang dikenakan ke atas penggunaan pelbagai barangan secara meluas sementara Cukai Perkhidmatan pula dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai tertentu. Kawasan bebas cukai yang ditetapkan termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Labuan yang terkecuali daripada Cukai Perkhidmatan.
Barang dan Orang yang Dikecualikan daripada Cukai Jualan
- Haiwan
- Makanan tidak diproses
- Sayur-sayuran
- Ubat-ubatan
- Jentera
- Bahan kimia
- Dan sebagainya
Orang berikut dikecualikan daripada Cukai Jualan
- Jadual A : Kelas orang, misalnya Pemerintah Negeri, Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Depot Pelepasan Dalam Negeri, Kedai Bebas Cukai
- Jadual B :Pengilang barang tidak boleh dicukai – pengecualian cukai ke atas perolehan bahan mentah, komponen, pembungkusan yang akan digunakan dalam aktiviti perkilangan
- Jadual C : Pengilang berdaftar – pengecualian cukai ke atas perolehan bahan mentah, komponen, pembungkusan yang akan digunakan dalam pembuatan makanan bercukai.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST): Baik atau Buruk?
Kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk menggantikan sistem cukai sedia ada. Walaupun ramai orang mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan kerajaan, adalah penting bagi kita untuk memahami perbezaan antara kedua-dua sistem cukai ini dan kesannya.
Kedua-dua SST dan GST adalah cukai penggunaan. SST adalah cukai penggunaan satu peringkat manakala GST adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat ke atas barangan dan perkhidmatan yang dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan. Kadar SST berada pada 10% (untuk cukai jualan) dan 6% (untuk cukai perkhidmatan) yang dikenakan ke atas pengeluaran dan perkhidmatan akhir sahaja. Di bawah rejim cukai SST, senarai serta pengecualian barangan bercukai adalah lebih sedikit berbanding rejim GST yang digunakan.
Tidak seperti SST, GST pada kadar 6% dikenakan sama rata pada setiap peringkat rantaian bekalan dari pembekal, pengeluar, pemborong dan kepada peruncit. Senarai serta pengecualian barangan bercukai adalah lebih luas yang bermaksud bahawa semua barang dan perkhidmatan adalah tertakluk kepada GST melainkan barangan yang dikecualikan termasuklah barang keperluan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengangkutan awam.
Fakta SST:
- SST dikenakan ke atas pengguna akhir manakala GST dibayar semua syarikat.
- SST dibayar apabila barangan digunakan sementara GST dibayar untuk setiap transaksi antara syarikat sebelum ia sampai ke tangan pengguna akhir.
- Cukai Jualan hanya akan dikenakan di peringkat pengeluar atau pengguna, manakala Cukai Perkhidmatan akan dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai.
- GST berada pada kadar tetap 6% sementara kadar SST berbeza-beza antara 5-10% sehingga kadar tertentu.
- GST merangkumi semua barang dan perkhidmatan sementara cukai jualan hanya mencakupi pengeluar dan cukai perkhidmatan hanya mencakupi perkhidmatan tertentu seperti contoh perkhidmatan profesional.
Sumber: 3ecpa
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari portal MySST yang akan diaktifkan sebagai sahaja pelaksanaan SST bermula.