Isu penipuan di atas talian masih berlaku dari dulu hingga sekarang. Penipu pula makin licik berurusan tanpa dapat dikesan pada peringkat awal. Ada penipu dari luar negara mampu berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.
Kenapa ini berlaku?
Sebab utama kerana masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran (awareness) tentang keselamatan urusan penting di atas talian. Terutamanya, golongan yang tidak arif dan peka dengan perkembangan I.T negara.
Walaupun di dada akhbar, cerita-cerita tentang mangsa ditipu oleh pemangsa atas talian (online) kerap dipaparkan tetapi masih ada yang tidak sedar dan tertipu dengan email yang menabur janji manis, sehingga ada yang terpedaya dengan ayat manis dan sanggup melakuakan ‘online transfer’ sehingga beribu-ribu Ringgit tanpa pernah bersua muka dengan si penerima.
Tips Kekal Selamat Berurusan Atas Talian.
-
Sentiasa Check URL.
Lebih selamat untuk menaip semula URL yang diterima berbanding ‘direct click‘ daripada link yang diterima. Jika was-was, lebih baik ‘Google’ untuk mendapatkan lebih info. Atau pun bertanya kepada mereka yang lebih arif.
2. Tahu status email yang diterima. “Phishing” atau “Real”?
Langkah terbaik, jangan sesekali memberi maklumat berkaitan data peribadi atau maklumat perbankan peribadi melalui SMS, email yang tidak dikenali atau link ke laman web yang dicurigai. Majoriti bank di Malaysia tidak memberi sebarang link ke laman web melalui SMS.
3. Sentiasa check alamat pengirim emel.
Biasanya diri dengan memeriksa alamat email pengirim terutamanya yang melibatkan soal perbankan. Satu huruf berbeza berisiko daripada individu lain.
4. Tahu ciri-ciri lama web yang selamat.
Untuk laman web yang melibatkan urusan kewangan atau perkara penting lain , URLnya dimulai dengan https:// dan mempunyai ikon ‘padlock’ diawal ruangan URL.
Jika asas 4 perkara ini sentiasa diamal dan diperhatikan, pasti penipuan atas talian dapat dikurangkan. Apa-apa pun, jika tidak tahu atau tidak pasti, terus bertanyakan pada mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.