Komitmen Vivo bukan sahaja untuk sentiasa mengikuti peredaran dunia mudah alih, malah sentiasa di hadapan dalam memperkasakan pengalaman mudah alih generasi akan datang.
Ini dibuktikan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2019 baru-baru ini apabila ia mempamerkan beberapa peranti pintar dan aplikasi yang didayakan dengan rangkaian 5G, serta penemuan teknologi baru.
Sebelum berlangsungnya MWC Shanghai 2019, Vivo telah pun mengumumkan strateginya untuk mempercepatkan inovasinya untuk merentasi peranti pintar dan aplikasinya khas untuk era 5G.
Berteraskan telefon pintar yang berkemampuan 5G, syarikat ini memperkenalkan strateginya untuk memperluaskan tawaran peranti 5Gnya. Ini termasuklah kacamata AR, jam pintar, headphone pintar dan banyak lagi.
Untuk menyajikan pengguna dengan pengalaman yang lebih holistik dan lebih kaya di semua peranti 5G Vivo, pendekatan berbilang peranti, multi-aplikasi, dan multi-senario dalam pembangunannya akan diadaptasikan.
Ini adalah untuk menyokong keperluan pengguna untuk berhubung dengan dunia digital dan fizikal. Melalui pengenalan strategi dan inovasi baru ini, Vivo berharap ia dapat memberi kesan sebenar yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan masyarakat secara keseluruhan.
Berikutan pelancaran telefon pintar pra-komersial Vivo NEX 5G sebelum ini, Vivo telah mencapai satu lagi pencapaian di dalam pembangunan telefon pintar 5Gnya. Di MWC Shanghai 2019, Vivo mempamerkan telefon pintar 5G komersial yang pertama, yang akan mula dijual secara rasmi mulai Q3 2019.

Dengan rangkaian 5G dan telefon pintar 5G, syarikat itu juga mempamerkan pelbagai aplikasi 5G termasuk 5G Cloud Game, 5G Screen Mirroring dan 5G EasyShare bersama beberapa lagi peranti pintar yang lain.
Sebagai contoh, 5G Cloud Game yang dipertontonkan di MWC Shanghai 2019, tidak beroperasi di telefon pintar itu sendiri, tetapi di cloud melalui rangkaian 5G berkelajuan ultra tinggi dan latensi ultra rendah 5G.
Melalui perkhidmatan cloud rendering, video dan audio disiarkan secara real-time ke peranti. Dengan memindahkan pemprosesan dari peranti kepada cloud, pengguna kini boleh menikmati kualiti gambar definisi tinggi dan pengalaman permainan video berlatensi rendah.

Perkara yang sama juga diaplikasikan kepada 5G Screen Mirroring and 5G EasyShare. Pengguna tidak perlu lagi untuk memuat turun applikasi tambahan dengan perkhidmatan berkemampuan 5G ini.
Vivo AR Glass: Cara Baru Interaksi AR dalam Era 5G
Di MWC Shanghai 2019 itu juga, Vivo turut melancarkan Vivo AR Glass pertamanya. Peranti ini menyokong paparan dwi-skrin dan Teknologi 6DoF.

Selepas dihubungkan dengan telefon pintar 5G, pengguna boleh menikmati pelbagai aplikasi seperti pejabat mudah alih (mobile office), permainan AR, video definisi tinggi 3D, pengenalan wajah dan pengenalan objek di Vivo AR Glass. Setelah Vivo AR Glass mengenalpasti konten, telefon pintar 5G kemudian akan bertindak sebagai kawalan yang membolehkan pengguna untuk beralih dan memilih aplikasi.
Sebagai contoh, apabila bermain permainan video, telefon pintar menjadi konsol utama. Manakala pada tetapan pejabat mudah alih, telefon pintar akan menjadi keyboard.


Lima jenis aplikasi yang kini disokong oleh Vivo AR Glass adalah: permainan video mudah alih, pejabat mudah alih, teater 5G, pengiktirafan wajah dan pengiktirafan objek.
Video berikut adalah tentang rangkaian 5G Vivo dan Augmented Reality Technologies:
Untuk maklumat lanjut, sila layari Vivo Malaysia Facebook.