10 ayat pendinding yang terdapat di dalam filem Munafik 2 yang boleh dijadikan panduan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Filem Munafik 2 mencetus fenomena baru negara dimana ramai yang bercerita tentang kehebatan filem arahan Syamsul Yusof ini. Filem ini terlalu sarat dengan mesej yang hendak disampaikan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia seolah sebuah forum ilmu di mana hmpir setiap dialog di dalam filem itu diselitkan dengan ilmu fiqh, aqidah, Al-Quran, As-Sunnah dan sebangainya secara literal.

Antara mesej jelas yang cuba disampaikan melalui filem ini adalah di akhir zaman ini, orang jahil diangkat dan dimuliakan manakala orang yang alim dituduh sebagai penunggang agama. Iblis lebih mudah memperdayakan orang Islam yang hilang harap kepada Allah manakala sihir merupakan senjata yang digunakan oleh golongan pemuja iblis yang mana mereka telahpun berlaku syirik kepada Allah. Ingat! Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik.

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang digunakan di dalam filem ini yang boleh dijadikan ‘pendinding’ daripada gangguan makhluk halus iaitu :

1. Al-Baqarah, ayat 148
2. Al-Hijr, ayat 35
3. An-Nur, ayat 21
4. Aaraf, ayat 117-123
5. Al-Israa, ayat 82
6. Asy Syu’araa, ayat 80
7. Taha, ayat 68-70
8. Yunus, ayat 81-84
9. Ayatul Kursi
10. Al-Hasyr, ayat 21

Baca juga  Petua Dan Cara Mudah Hilangkan Bau Hapak Dan Busuk Di Dalam Kereta.

Anda boleh jadikan ayat-ayat ini sebagai panduan dalam kehidupan. Semoga filem ni dapat berikan manfaat kepada kita semua.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini