Lipas dalam kereta? Itu adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Ini berpunca dari sisa makanan yang terdapat di dalam kereta. Cara terbaik bagi mengelakkan lipas dari membiak di dalam kereta adalah dengan mengelakkan makan di dalam kereta.
Tapi boleh ke tak makan dalam kereta? Agak sukar untuk mengawal diri untuk tidak makan di dalam kereta terutamanya apabila memandu jauh. Jadi kami di Oh Sempoi ingin berkongsi beberapa tips bagi menghapuskan lipas di dalam kereta.
1. Daun Pandan
Penggunaan daun pandan merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan . Baunya yang kuat dan wangi tidak disenangi oleh lipas. Caranya mudah iaitu dengan menghiris halus daun pandan dan isikan di dalam beg kain yang berjaring halus. Gantungkan beg berisi daun pandan tersebut di dalam kereta.
2. Daun Durian Belanda
Daun durian belanda juga menggunakan cara yang hampir sama seperti daun pandan. Gunakan daun yang telah kering untuk kesan yang lebih baik.
3. Semburan Serai Wangi
Terdapat banyak jenama semburan serai wangi di pasaran yang mudah diperolehi. Anda boleh sahaja gunakan produk yang dijual tersebut atau membuatnya sendiri.
4. Baking Soda
Baking soda bukan sahaja merupakan bahan toksik terhadap lipas, tetapi ia juga boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda. Taburkan sedikit baking soda ke atas karpet kereta selama beberapa hari sebelum membersihkannya semula.
5. Perangkap lipas jenis Glue Trap
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi. Caranya adalah dengan meletakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Tukar pernagkap yang baru setiap hari dan ulangi sehingga lipas yang terperangkap berkurangan.
6. Listerine
Semburkan penyegar mulut Listerine di dalam kereta untuk menghalau lipas. Jangan lupa sembur juga di kawasan tersembunyi seperti di bawah kerusi anda. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat.
7. Minyak Arometerapi
Bagi anda yang gemarkan bau minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass kerana ia bukan sekadar mewangikan kereta malah dapat menghalau lipas daripada terus bersarang dalam kereta anda. Ini kerana lipas tidak menyukainya bau wangian yang sangat kuat.
8. Campuran minyak masak masak terpakai, susu dan marjerin.
Lipas akan tertarik dengan bau makanan seperti marjerin. Campurkan marjerin beserta minyak terpakai dapat menarik perhatian lipas dan memerangkap lipas.
9. Nano Mist
Mungkin anda tidak sedar bahawa selain servis mencuci dan vacum kereta yang ada di pusat cucian kereta, biasanya terdapat juga perkhidmatan Nano Mist dimana bahagian dalam kereta di asapkan bagi membunuh kuman dan serangga yang ada termasuk lipas. Cara ini adalah paling efektif dan paling cepat. Mungkin anda boleh bertanyakan perkhidmatan ini di tempat cucian kereta pilihan anda.
10. Sisa bekas minuman
Salah satu cara mudah adalah dengan meninggalkan bekas minuman di dalam kereta. Lipas akan tertarik untuk mendapatkan sisa minuman dan kemudian terperangkap di dalam bekas tersebut.
Anda boleh pilih untuk menggunakan salah satu cara berikut yang telah kami kongsikan di atas agar masalah lipas di dalam kereta dapat di atasi. Jangan mengambil mudah masalah ini kerana pernah berlaku kes di mana seorang wanita terperanjat kerana ada seekor lipas memanjat tangannya ketika dia sedang memandu dan ia menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terbabas. Semoga perkara sebegini tidak berlaku kepada kita semua.