10 Fakta menarik tentang Croatia


Piala Dunia FIFA 2018 sudah pun berakhir. Tahniah buat France kerana berjaya menjadi Juara Piala Dunia buat kali ke-2 selepas 20 tahun memenanginya iaitu pada tahun 1998.

Namun begitu, Croatia berjaya menarik perhatian dunia sebagai pasukan bukan pilihan yang mara sehingga ke peringkat akhir. Jom kami kongsikan 10 fakta menarik tentang negara Croatia.

  1. Berdasarkan ranking FIFA, Croatia berada dikedudukan ke-20 pasukan terbaik dunia.
  2. Ini merupakan penampilan pertama Croatia dalam peringkat akhir Piala Dunia.
  3. Pencapaian terbaik Croatia dalam sejarah Piala Dunia adalah pada tahun 1998 iaitu di kedudukan ke-3 ketika France menjadi tuan rumah Piala Dunia.
  4. Pada tahun 1998, Croatia tewas 2-1 ke atas France diperingkat separuh akhir.
  5. Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyaksikan perlawanan separuh akhir antara France dan Croatia pada tahun 1998 sebagai penonton di stadium.
  6. Croatia adalah negara paling kecil yang layak ke peringkat akhir Piala Dunia sejak 1950.
  7. Keluasa negara France adalah 11 kali lebih besar berbanding Croatia.
  8. Keluasan negara Croatia adalah lebih kecil berbanding negeri Sabah.
  9. Populasi negara Croatia adalah lebih kurang berbanding negeri Selangor iaitu hanya 4.2 juta berbanding populasi negeri selangor iaitu 6.39 juta.
  10. Ketua pasukan Croatia iaitu Luka Modrić terlibat dalam skandal epik yang melibatkan pengalihan dana secara tidak sah dan pengelakan cukai yang mungkin menghadapi enam bulan hingga lima tahun penjara sekiranya didapati bersalah.

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini