10 langkah yang boleh diamalkan apabila demam campak


Demam campak atau chicken pox adalah penyakit kulit yang sangat mudah dijangkiti. Kanak-kanak yang dijangkiti demam campak adalah dilarang untuk bergaul bersama kanak-kanak lain sehingga demam campak pulih sepenuhnya.

Berikut adalah 10 langkah yang boleh diamalkan apabila dijangkiti demam campak.

    • Minum air kelapa untuk keluarkan saki baki bintik-bintik yang ada dalam badan.
    • Gunakan daun semambu untuk mandi dan bilas dengan air bersih.
    • Jangan gunakan sabun ketika mandi kecuali sabun yang berasaskan daun semambu.
    • Keringkan badan dengan tuala bersih. Jangan berkongsi tuala.
    • Sapu bahagian terlibat dengan calamine lotion atau boleh gunakan spray Pinetarsol iaitu spray dari ekstrak daun semambu. Pinetarsol boleh didapati di farmasi.
    • Ambil daun semambu yang telah dibersihkan, kemudian masukkan dalam kain dan jadikan alas ketika tidur.
    • Mandi dengan kerap kerana badan perlu sentiasa bersih.
    • Jangan garu, makan ubat tahan gatal yang dibekalkan jika perlu.
    • Elakkan makan makanan yang boleh membuatkan gatal seperti seafood.
    • Kurangkan aktiviti luar dan elakkan cuaca panas yang boleh menyebabkan badan berpeluh.

    Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan dan pemantauan dari doktor. Untuk kakitangan awam, jangan lupa dapatkan surat pengesahan kesihatan dari doktor untuk membolehkan anda mendapat cuti kuarantin selama seminggu.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini