10 Petua Mudah Halau Cicak Di Rumah.


Pernah terkejut mendengar bunyi cicak yang secara tiba-tiba memecah ketenangan rumah anda di waktu mala? Bunyi cicak juga membuatkan anak kecil ketakutan dengan kelantangan sahut-menyahut pasangan cicak. Musim mengawan agaknya.

Selain daripada itu, cicak juga akan membuang sisa atau tahinya di merata tempat. Kehadiran tahi berwarna hitam putih sangat merimaskan, terutama apabila terpijak. Jika anda tinggalkan kosong rumah anda selama seminggu dua, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Di atas meja makan, di atas kabinet, di dapur dan di sofa, pasti bersepah-sepah dengan tahi cicak.

Jadi, apa petua untuk menghalang cicak ini daripada membuat onar di rumah anda? Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

petua halau cicak

6 Petua Mudah Halau Cicak Di Rumah.

1. Cili kering

Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu tajam. Cicak tidak sukakan bau yang mencucuk hidung.

2. Bela Kucing

Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!

3. Kulit Telur Ayam

Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.

4. Bunuh Serangga

Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!

5. Jaga Kebersihan Rumah

Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.

6. Air dan Cili Api

Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

7. Perangkap cicak

Perangkap cicak boleh dibeli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.

8. Penghalau cicak

Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.

Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

9. Hapuskan ruang tinggal cicak

Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan portmelepak mereka.

10. Gunakan air ais sejuk

Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun menjadi sejuk dan mereka akan kekejangan tidak bergerak. Masa inilah anda ambil cicak itu dan buang jauh-jauh. Ini fakta bukan auta.

Diharap petua halau cicak di rumah ini membantu menyelesaikan masalah anda dengan cicak. Yosh!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini