Jika anda ke Pulau Pinang (Penang), semacam tidak sah jika anda tidak pekena nasi kandar. Nasi kandar Penang adalah antara nasi kandar yang paling sedap di Malaysia.
Nasi kandar yang berasal daripada India yang mula diperkenalkan oleh pendatang India bertahun dahulu telah berkembang selari dengan kemodenan Malaysia dan telah menjadi salah satu tarikan makanan di malaysia.
Untuk yang jarang bertandang ke Pulau Mutiara ini, anda mungkin tertanya-tanya restoran nasi kandar yang manakah yang patut anda cuba.
Di sini Ohsempoi menyenaraikan 10 restoran Nasi Kandar yang wajib anda cuba jika menziarahi Penang:
1. NASI KANDAR DEEN MAJU
Ini ialah restoran nasi kandar paling best pada pandangan kami. Walaupun ianya dibuka lebih terkemudian daripada yang lain tetapi popularitinya mengalahkan restoran nasi kandar yang lain.
Hidangan istimewanya adalah ayam goreng, yang dinamakan Ayam 75. Ia digoreng dengan 15 rempah dan rasanya memang terbaik.
Nasi kandar ini lebih sedap jika dimakan bersama “sambal nyior” dan “kuah banjir”. Pastikan anda meminta 2 benda ini jika ia tidak dihidangkan.
Satu masalah yang tak dapat dielakkan jika anda memilih untuk makan di sini ialah kekurangan tempat parkir. Awas.. Jangan parkir sesuka hari kerana kemungkinan untuk tayar kereta anda diapit oleh pihak berkuasa adalah tinggi.
Lokasi: 170 Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari, kecuali pada hari Ahad secara bergilir, dari jam 2.30 petang hingga 10 malam
2. NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU
Restoran ini wujud sejak tahun1974 lagi. ia terletak di kawasan kediaman, di bawah flat kos rendah.
Portionnya agak banyak. Rasa karinya sedap dan anda akan menikmati rasa yang berbeza di setiap suapan bersama lauk kari ayam dan kari daging. Ini adalah kerana restoran ini tidak menggunakan daging beku untuk masakan karinya. Daging segar yang digunakan menyumbang kepada kelembutan daging yang menjadi pujian ramai.
Satu lagi rahsianya ialah restoran ini menggunakan bawang yang banyak di dalam masakannya.
Lokasi: A-29 Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 6 pagi hingga 2.30 petang
3. NASI KANDAR DEEN JELUTONG
Restoran Nasi Kandar Deen Jelutong adalah tempat yang terkenal untuk makan tengah malam bagi mereka yang mengidamkan kari. CAwangan ini menyajikan hidangan yang sama seperti cawangan lain, tetapi apa yang membuatkannya menonjol dari yang lain adalah rasa karinya yang “piow”.
Tukang masaknya sangat arif tentang rasa kari yang berbeza untuk dimasukkan ke dalam campuran. Pelanggan boleh meminta kari untuk rasa lebih pedas atau kurang masin. Dengan harga RM7.20, anda akan dihidangkan dengan portion nasi yang agak banyak dan ayam gorengnya yang mnejadi sebutan ramai.
Lokasi: 598-D Jalan Jelutong, Jelutong, George Town, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 12.30 malam hingga 4 pagi
4. NASI KANDAR BERATUR
Ya, memang kena beratur. Anda perlu berbaris untuk memesan makanan anda. Tak kiralah sama ada cuti ke atau hari bekerja. Dahsyat kan?
Kedai ini adalah untuk mereka yang lapar pada waktu malam dan tidak keberatan untuk menunggu. Ia beroperasi dari 10.30 malam hingga ke pagi keesokan harinya. Jika anda terjaga di tengah malam dan lapar nasi kandar, ini adalah outlet untuk dikunjungi.
Lokasi: Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 10 malam hingga 8.30 pagi
5. RESTORAN HAMEEDIYAH
Nasi kandar ini adalah tentang keaslian dan warisan kerana ia merupakan salah satu cawangan tertua di Pe-nang. Ia ditubuhkan pada tahun 1907.
Selama bertahun-tahun, restoran ini telah menambahkan menunya dari nasi kandar biasa kepada murtabak yang tebal dan besar. Kedai itu telah diubahsuai baru-baru ini, tetapi masih mengekalkan sampel “kandar” yang digunakan oleh pengendali asal untuk menjual makanannya. Cubalah menu masakan karinya, terutamanya “Ayam Ros”. Rasanya agak pedas. Pastikan segelas air berada di sisi anda.
Nasi kandar di sini agak mahal berbanding dengan yang lain, tetapi ia berbaloi dengan rasanya.
Jika anda datang sini pada hujung minggu atau cuti umum, bersiap sedia untuk beratur.
Lokasi: Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari, kecuali Jumaat, dari 10 pagi hingga 10.30 malam
6. PELITA NASI KANDAR (CAWANGAN CHAI LENG PARK)
Pelita Nasi Kandar mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 20 cawangan di lima negeri, serta di India.
Cawangan Chai Leng Park terletak di tanah besar, tetapi ia mempunyai pelanggan setia dari pulau itu. Ia adalah outlet Pelita yang pertama yang dibuka. Jadi jangan ketinggalan singgah sini jika anda berada di tanah besar,
Lokasi: 56 Lorong Kurau 1, Taman Chai Leng, Prai, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari selama 24 jam
7. NASI KANDAR IMIGRESEN
Restoran Nasi Kandar Imigresen ni bukan restoran besar sebenarnya. Ia hanyalah gerai di tepi jalan. Namun ia terkenal dengan nasi kandar yang tidak kurang hebatnya. Popularitinya membuatkan kami memasukkannya di nombor 7 untuk senarai nasi kandar terbaik Penang.
Jadi, jika anda tidak kesah menjamu selera di gerai tepi jalan, anda wajid juga cuba makan di restoran ini.
Lokasi: 8 Lorong Pasar, George Town, Pulau Pinang
Hari / waktu Operasi: Dibuka setiap hari, kecuali Jumaat, dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam
8. NASI KANDAR TAJUDDIN HUSSAIN
Kami dah beberapa kali mencuba restoran ini. Layanan di sini terbaik. Anda perlu duduk di meja makan dan tunggu staf datang untuk ambil pesanan. Tak perlu nak beratur panjang.
Hidangan boleh dihidangkan di dalam satu pinggan dengan pelbagai menu, ataupun asingkan menu dan nasi. Pastikan anda mencuba menu ‘Ayam Ros’.
Restoran ini terjaga kebersihannya. Ini adalah kerana waktu operasinya yang sedikit pelik. Ia dibuka dari pukul 11 pagi hingga 3.30 petang untuk makan tengahari dan 6.30 petang hingga 10 malam untuk makan malam. Di antara pukul 3.30 petang hingga pukul 6.30 petang mereka akan membasuh restoran mereka.
Lokasi: 45-63 Lebuh Queen, George Town, Pulau Pinang
Hari / Jam Operasi: Dibuka setiap hari, kecuali hari Ahad, dari 11 pagi hingga 3.30 petang untuk makan tengahari dan 6.30 petang hingga 10 malam untuk makan malam
9. CAFE CARGAS
Restoran ini agak berlainan daripada restoran nasi kandar yang lain. Pengunjung boleh memilih pilihan ayam goreng, kari dan lain-lain untuk ditambah kepada nasi kandar di atas pinggan mereka. Ia adalah nasi kandar, dengan stail buffet.
Nasi kandar, yang dihiasi dengan kari tebal dan pedas, dijual dari RM5.50 satu pinggan.
Hidangan utama adalah ayam goreng, dengan beberapa pelanggan melangkau beras dan makan ayam goreng sebagai hidangan utama mereka.
Dari sini anda dah boleh tahu keistimewaanya.
Lokasi: 978 Jalan Bayan Lepas, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Hari / Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, kecuali Jumaat, dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang
10. NASI KANDAR POKOK CERI
Restoran ini dibuka pada tahun 1998, terletak di Jalan Datuk Keramat, berdekatan dengan Masjid Jamek Shaik Yusoff dan Pasar Dhoby Ghaut. Tidak banyak yang tahu bahawa outlet ini menyajikan nasi kandar pada harga yang lebih murah daripada beberapa beberapa restoran nasi kandar yang lain. Chefnya membuat ramuan sendiri untuk menyediakan kari. Satu pinggan nasi, ayam goreng, sayuran dan telur rebus hanya berharga RM6.50.
Restorannya yang tidak besar akan sedikit sesak pada waktu puncak terutama pada waktu makan tengahari. Ini juga menyumbang kepada keadaan yang agak panas. Tidak sesuai untuk yang ada bayi kecil jika datang di waktu puncak.
Lokasi: Jalan Ayer Itam, George Town, Pulau Pinang
Hari / Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 4 petang