10 Tips Menjadi Orang Kaya..!


Berlegar di whatsapp tentang tips untuk menjadi orang kaya. Katanya ianya berasal daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Wallahua’lam betul ke tidak. Cuma jika ianya bukan dari Ustaz Azhar Idrus sekalipun, mesejnya sangat bagus untuk diamalkan. Ia selari dengan tuntutan Islam.

Berikut adalah tips untuk menjadi kaya seperti yang disebarkan. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tips berikut.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh cuba amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang melayan kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat macam tu.

pekerja daripada negara luar ni orang yang susah. Bersedeqah kepadanya memberi erti yang sangat bermakna untuknya

3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket cari note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin itu sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk pergi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan saja tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan ataupun gula-gula, apa salahnya tolong ambilkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat macam tu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?

SHARE untuk semua dengan harapan kita semua menjadi orang KAYA.

Haaa.. Baguskan tips ini. Bukan susah pun nak buat sebenarnya. Dan bukan jumlah sumbangan yang yang dilihat. Tetapi keikhlasan. Semua tips di atas adalah salah satu cara bersedeqah, amalan yang amat dituntut di dalam Islam.

Sedeqah ini menolak bala dan membuka pintu rezeki. Rezeki kita tidak akan kurang dengan bersedeqah. Malah Allah akan gantikan dan tambahkan dengan berkali ganda lagi.

Sempoi.. Selamat beramal..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini