•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketika kita berbisik di lantai sewaktu bersujud, ianya dapat didengari sampai ke langit.

Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati. Dan sesungguhnya Allah saja apa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati kita dan Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita.

Ada satu perkara yang kita sentiasa ada untuk dekatkan diri kepada Allah, iaitu doa. Ia ada kelembutan hati untuk berhajat kepada sesuatu dengan meminta dari Allah untuk dimakbulkan.

Kita boleh berdoa pada setiap detik, masa, setiap saat, namun ada waktu terbaik yang kita boleh panjatkan doa kita kepadaNya.

Berdoa biarlah spesifik, jelas dan tidak terlalu umum.

Untuk meminta, memohon doa, asas utama ialah bertaubat terlebih dahulu di atas segala dosa yang pernah kita lakukan, kemudian, memohonlah seikhlas hati:

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa.

1. Sepertiga malam selepas menunaikan solat sunat tahajjud.

2. Semasa sujud pada setiap solat (setiap sujud, bukan sujud terakhir sahaja, doa di dalam hati).

3. Di antara azan dan iqamah pada setiap waktu solat. Pada waktu ini, bangunlah solat sunat qabliah dan berdoalah.

Baca juga  10 ayat pendinding yang terdapat di dalam filem Munafik 2 yang boleh dijadikan panduan

4. Selepas solat fardu 5 waktu. Jika boleh, selepas menunaikan solat, duduklah sekejap dan berdoalah sebanyaknya.

5. Semasa hujan turun, berdoalah. Berhenti mengeluh kerana hujan, biasanya itu adalah rezeki.

6. Semasa sedang bermusafir. Jadi, banyak-banyaklah mengembara, doa kalian sering makbul!

7. Semasa berbuka puasa, jadi banyak-banyaklah berpuasa sunat.

8. Selepas berselawat ke atas nabi, terus panjatkan doa!

9. Pada hari Arafah dikatakan Allah sangat dekat dengan kita semua. Jadi bertaubat dan berdoalah. Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

10. Semasa menziarahi orang sakit.

Sumber: Koleksi Hadith.

Jangan Berputus Asa, Terus Berdoa.

Berdoa pada waktu-waktu mustajab merupakan cara kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi.

Di samping itu, rajinlah juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini