•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baru-baru ini syarikat pampasan penerbangan AirHelp telah menyenaraikan 13 syarikat penerbangan terbaik dan terburuk di dunia. Sesetengah syarikat tersenarai agak mengejutkan..!

Rating skor tahunan ke 6 AirHelp ini berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan, prestasi tepat masa, dan pemprosesan tuntutan. 3 perkara ini dikira untuk menghasilkan skor keseluruhan setiap syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan yang mendapat ranking tertinggi membuktikan bahawa perkhidmatan pelanggan terbaik adalah kuncinya. Sesebuah syarikat penerbangan tidak perlu menyediakan perkhidmatan yang mewah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.

Ini adalah senarai 13 syarikat penerbangan terbaik dunia 2018:

13. Wizz Air

Skor: 7.95.

Syarikat penerbangan bajet Hungary itu boleh dipercayai dari segi ketepatan masanya dengan skor prestasi 88% tepat waktu. Namun skor 6 pada kualiti perkhidmatan membawanya ke ranking yang lebih rendah walaupun masih dalam senrai 13 yang terbaik.

12. Norwegian

Skor: 8.

Dengan skor perkhidmatan 8 dan 8.61 untuk pemprosesan tuntutan, syarikat penerbangan yang menawarkan laluan tambang murah terpanjang di dunia dari London ke Singapura ini menduduki tangga ke 12 untuk pengalamannya secara keseluruhan.

11. KLM

Skor: 8.01.

Syarikat penerbangan Royal Dutch Belanda mempunyai prestasi ketepatan masa 85%, serta 7.54 untuk pemprosesan tuntutan dan 8 untuk perkhidmatan.

10. Virgin Atlantic

Skor: 8.04.

Virgin Atlantic dari UK ini juga mempunyai skor yang bagus secara keseluruhan dengan 8 untuk perkhidmatan, 7.95 untuk pemprosesan tuntutan, dan 82% untuk ketepatan masa.

9. Air Malta

Skor: 8.09.

Syarikat penerbangan yang kurang dikenali ini sangat cekap memproses tuntutan dengan skor 9.13. Ia juga mendapat skor 86% untuk ketepatan masa. Manakala skor untuk perkhidmatan pula berada bawah sedikit iaitu pada skor 7.

8. Qantas

Skor: 8.12.

Dengan Qantas, anda boleh mengharapkan penerbangan tepat pada masanya yang sekarang terbang tanpa henti dari Perth, Australia ke London – dengan penarafan 89%, serta skor 8 untuk perkhidmatan.

Baca juga  Trip Ke Hat Yai Cuma RM200..! Ni Perkongsian Daripada Gadis Backpacker!!!

7. Aegean Airlines

Skor: 8.19.

Syarikat penerbangan Greek mempunyai skor ketepatan masa 90%, ini diikuti dengan skor perkhidmatan yang agak mengejutkan iaitu pada skor 8.

6. Austrian Airlines


Skor: 8.25.

Skor pemprosesan tuntutan yang impresif diperolehi oleh syarikat penerbangan ini iaitu pada skor 8. Skor yang sama juga diperolehi untuk kategori kualiti perkhidmatan.

5. South African Airways

Skor: 8.31.

Skor pemprosesan tuntutan 8.69, skor perkhidmatan8, dan prestasi ketepatan 85% meletakkan syarikat penerbangan Afrika Selatan ini di tempat kelima.

4. Singapore Airlines

Skor: 8.33.

Mempunyai penerbangan terpanjang di dunia iaitu 19 jam dari Singapura ke New York, syarikat penerbangan Singapura ini menawarkan 10/10 skor penuh untuk kualiti perkhidmatan, serta 85% prestasi ketepatan masa. Hanya skor pemprosesan tuntutannya – 6.77 – membawanya ke tempat keempat tahun ini.

3. Etihad Airways

Skor: 8.43.

Etihad UAE sentiasa dinamakan antara syarikat penerbangan terbaik di dunia, dan dengan skor 9 untuk perkhidmatan, 86% untuk ketepatan waktu, dan 7.47 untuk pemprosesan tuntutan, penyenaraiannya di tempat ke 3 tidak dapat disangkalkan lagi.

2. Lufthansa

Skor: 8.57.

Syarikat penerbangan Jerman itu disenaraikan di tempat kedua. Terima kasih kepada skor 10 untuk perkhidmatan dan 8.63 untuk pemprosesan tuntutan, hanya kerana skor ketepatan masanya iaitu hanya 76% yang membuatkannya di tempat ke 2.

1. Qatar Airways

Skor: 9.07.

Syarikat penerbangan terbaik di dunia, menurut Skor AirHelp, adalah Qatar Airways, yang memperolehi skor 10 untuk kualiti perkhidmatan, 8.86 skor pemprosesan tuntutan, dan prestasi 89% skor untuk ketepatan masa.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini