•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kita dah terbiasa dengan cakap-cakap orang, “Masa bercinta, bau kentut pun wangi..”. Dah kahwin, dah beranak-pinak, lain pula situasinya. Hmm..ini tipikal permikiran orang kita. Apa kata kita ubah mentaliti ini.

Sudah 10 tahun kahwin atau sudah ada anak tiga pun, suami isteri berhak untuk menikmati nikmat hidup seperti sedang bercinta. Ini cabaran kepada semua suami untuk membahagiakan isteri masing-masing. Tiada alasan.

Tak perlu bajet lebih pun untuk bahagia. Tak percaya? Teruskan membaca tips rumahtangga di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan yang lain ye.

19 Cara Mudah Dan Jimat Untuk Bahagiakan Isteri.

  1. Jika anda lihat isteri sibuk menjaga anak, cuba anda tolong masak untuknya. Atau tolonglah jaga anak sekejap selepas isteri selesai memasak. Bagi dia rehat
  2. Setiap individu ada akaun sosial media (Facebook/Instagram dll). Ada yang guna akaun bersama isteri, ada yang asing-asing. Sekali-sekala, mention atau tag isteri pada FB atau IG dengan kata-kata yang romatis dan pujian. Sekali-sekala ye, jangan plak hari-hari, muak gak nanti..haha
  3. Smartphone dah canggih. Apa kata ambil gambar aktiviti bersama dan edit secara ringkas. Walaupun video tu tak semegah mana, tetapi percayalah, isteri akan suka sebab momen bersama. Kirimkan video tersebut melalu Whatsapp. Pasti 2,3 kali isteri anda akan menontonya.
  4. Tulis ucapan terima kasih atau penghargaan pada isteri sepanjang perkahwinan. Isteri pun nak rasa dihargai juga!
  5. Buat video dari semua koleksi gambar kalian
  6. Bangun awal dan siapkan sarapan buat isteri, lebih best kalau dihidang atas katil
  7. Tengok filem kegemaran isteri sebelum tidur
  8. Ajak anak buat surprise untuk isteri
  9. Sediakan satu hari khas untuk bersama isteri
  10. Bersenam sama-sama
  11. Hantar mesej nakal dan romantik di siang hari. Sebelum itu, tampal nota romantis di sekitar rumah anda.
  12. Pasang lagu kegemaran isteri saat bersenggama. Boleh dijadikan intro kepada foreplay anda!
  13. Ceritakan pada isteri benda lucu saat anda masih kecil
  14. Belek kembali gambar-gambar masa bercinta sebelum ada anak-anak. Imbas momen-momen tu. Jangan tersalah momen dah la bro!
  15. Beri pujian pada isteri di depan orang
  16. Cium dahi atau pipi setiap hari sewaktu bangun tidur. Lagi molek solat Subuh berjemaah..hee~
  17. Telefon isteri ketika anda di tempat kerja
  18. Urut isteri anda. Biar pun isteri tak lenguh badan, urutlah perlahan-lahan. Sentuhan itu akan mengeratkan lagi kasih-sayang.
  19. Puji isteri anda itu.
Baca juga  Anak mengamuk atau tantrum? Ini yang perlu anda tahu bagi mengawal keadaan

tips bahagiakan isteri

Dah baca tips mudah di atas?

Mesti terangguk-angguk anda membaca cara seorang suami romantis ini kan. Selepas ini dah boleh amalkan cara ini.

Mungkin ramai suami yang tidak tahu. Isteri adalah saham akhirat. Beruntung bagi mereka yang menyedari tentang hal ini.

Bahagiakanlah isteri, nescaya Allah akan lancarkan rezeki bagimu..

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini