4 Cara Paling Simple Tapi Berkesan Untuk Hapuskan Tikus Di Rumah


Rumah ku syurga ku. Tapi kalau yang rumah selalu menjadi sasaran tikus berleluasa boleh bertukar menjadi rumah ku “neraka” ku. Mana tidaknya, rumah yang aman tempat kita untuk beristirehat sekeluarga diganggu oleh makhluk perosak lain yang turut memusnahkan barang-barang dalam rumah.

Foto kredit: expelsolution.com

Tabiatnya yang kotor juga adalah salah satu sebab kukuh untuk kita mencari cara-cara untuk hapuskan tikus di dalam rumah kita. Air kencingnya amat bahaya kerana boleh membawa kepada penyakit yang kronik. Tikus juga sangat cepat membiak. Jika dibiarkan, tidak mustahil mereka akan membina koloni mereka sendiri di rumah kita.

Jadi jika kita mula sedar yang makhluk ini turut berkongsi rumah dengan kita, tindakan segera amat perlu. Hapuskan mereka dengan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Macamana cara nak hapuskan tikus di rumah? Ada banyak cara dan petua yang boleh dicuba. Artikel ini mencadangkan 3 cara mudah untuk hapuskan tikus yang bermaharaja lela di dalam rumah. Cara ini dapat menghapuskan mereka terus. Bukan sekadar menghalau yang mana berkemungkinan mereka akan datang lagi di masa akan datang.

3 cara hapuskan tikus dengan berkesan di dalam rumah:

1. Menggunakan perangkap kurungan besi

Cara ini paling mudah untuk diimplementasikan. Beli perangkap besi berjaring yang boleh tertutup sendiri bila umpan dimakan tikus. Perangkap berjaring ini biasanya ada dijual di kedai “Pet Shop”, Kedai DIY ataupun boleh didapati di kedai hardware.

kredit: id.aliexpress.com

Sangkutkan makanan yang digemari tikus seperti roti, keju dan sebagainya pada tempat umpan yang disediakan. Aturkan perangkap berjaring ini seperti yang sepatutnya dan pastikan ia dapat berfungsi dengan betul. Kemudian letakkan di kawasan rumah yang biasa menjadi laluan tikus seperti di dapur dan sebagainya.

InsyaAllah, besok pagi akan ada tikus yang terperangkap. Jika tiada hasil, mungkin umpan atau tempat perangkap berjaring itu tidak sesuai. Cuba ubah tempat dan gantikan dengan makanan lain.

Kebaikan perangkap jaring ini, tikus yang dapat ditangkap itu biasanya tidak mati. Jadi anda ada pilihan untuk membuangnya di tempat yang jauh daripada kawasan perumahan atau pilihan lain.

2. Menggunakan perangkap spring

Perangkap spring yang dimaksudkan ini ialah perangkap yang menggunakan spring yang kuat untuk memerangkap tikus dengan cara mengepit mana-mana anggota badan tikus apabila umpan diusik. Jika besi pengepit menghempap kepala atau badan tikus, ia mungkin akan mati.

Foto Kredit: yprindonesia.wordpress.com

Umpan diletakkan pada bahagian yang disediakan. Aturkan pemasangan mengikut cara yang sepatutnya dan letakkan perangkap di tempat laluan kesukaan tikus. Lihat hasilnya pada keesokan hari.

Cuma hati-hati dengan perangkap spring ini. Springnya agak kuat untuk menghasilkan hentaman yang kuat untuk menangkap tikus. Dikhuatiri terkepit tangan sendiri.

3. Menggunakan perangkap pelekat

Perangkap jenis ini pun senang untuk digunakan. Boleh didapati di kedai DIY atau hardware. Ia menggunakan pelekat gam yang sangat kuat. Bentangkan perangkap pelekat ini di laluan tikus. Boleh juga letakkan umpan di tengah-tengah pelekat untuk menarik minat tikus.

Foto Kredit: mudah.my

Apabila tikus memijak kertas prenagkap pelekat ini ia akan terlekat pada gam tersebut. Apabila kakinya melekat ia akan menggelepar untuk melepaskan diri. Ini akan secara otomatik akan memnyebabkan seluruh badannya melekat pada gam tersebut.

Cara ini pun bagus sebab jika tikus tidak terperangkap mungkin ada benda lain yang akan terperangkap seperti cicak dan lipas. Cuma tikus yang melekat itu kebiasaannya akan mati kerana gam yang kuat melekat pada badannya.

4. Menggunakan racun tikus

Cara yang digunakan sejak turun temurun ini masih terpakai sehingga zaman sekarang. Cara ini pun senang untuk diimplementasikan cuma ada keburukannya.

Cara penyediaannya sangat senang. Umpan disapu racun tikus dan diletakkan di tempat laluan tikus.

Kelemahannya ialah tikus akan mati apabila memakan umpan tersebut. Tapi makhluk ini bukan mati terus di situ juga tapi ia akan mati di tempat lain yang kita mungkin tak dapat menjumpainya. Kesannya tikus akan mereput dan rumah akan berbau bangkai.

Cara ini juga berbahaya jika anak binatang peliharaan lain seperti kucing dan sebagainya di rumah. Dikhuatiri binatang peliharaan tersebut termakan umpan beracun untuk tikus.

3 cara di atas adalah cara yang agak simple untuk hapuskan tikus yang berleluasa di rumah. Jika diteliti cara pertama paling mudah dan banyak kelebihannya.

Seperti yang dikatakan di awal artikel, ada banyak lagi cara dan petua untuk hapuskan makhluk ini, cuma untuk kali ini anda boleh cuba cara yang senang ini dahulu.

Selamat mencuba dan bebaskan rumah anda daripada tikus durjana.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini