3 Daerah Pesisir Pantai Di Negeri Pahang Diramal Mengalami Air Pasang Besar Disember Ini.


Perkongsian ini sebagai notis peringatan kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Air pasang besar a.k.a Banir Laut adalah satu fenomena yang boleh menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air akibat limpahan air laut.

Fenomena air pasang besar yang diramal pada 24 hingga 26 Disember depan dikhuatiri mengakibatkan bencana banjir teruk di tiga daerah pesisir pantai di negeri ini melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, ia berikutan pihak Jabatan Meteorologi turut melaporkan ramalan hujan lebat di seluruh negeri itu bermula pertengahan Disember depan.

Hujan lebat (musim tengkujuh) dijangka berlaku sehingga awal Januari. Paling membimbangkan ialah bacaan taburan hujan dalam tempoh setahun akan turun dalam tempoh singkat selama beberapa hari ketika air pasang besar itu berlaku.

Kami kongsikan langkah-langkah yang perlu diambil apabila anda terlibat dengan banjir:

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.
Baca juga  Koleksi Tin Coke Sempena Piala Dunia 2018. Dah Berapa Negara Berjaya Anda Kumpul?

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

SEMASA BANJIR –  SEMASA PEMINDAHAN

  • Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN

  • Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH

  • Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini