3 makanan yang boleh mengurangkan keinginan seksual


Pernahkah pasangan anda mengatakan tidak kepada hubungan seks? Atau sering memberi alasan apabila diajak bersama. Jika ya, itu mungkin disebabkan keinginan seksual mereka telah berkurang disebabkan faktor pemakanan dan kesihatan.

Makanan memainkan peranan penting dalam aspek kesihatan. Makanan yang dimakan akan membekalkan nutrisi terdapat tubuh badan. Elakkan pengambilan 3 jenis makanan berikut yang boleh memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan dan mempengaruhi keinginan seksual anda.

  1. Alkohol
    Pengambilan alkohol akan membuatkan anda khayal dan tidak dapat berfikir secara waras. Pengambilan alkohol akan memberikan banyak kesan buruk terutamanya sukar untuk mengawal emosi. Ini boleh merosakkan hubungan suami isteri anda. Jika anda melakukan hubungan seksual di bawah pengaruh alkohol, ia akan memberi kesan kepada pasangan anda.
  2. Daging
    Memang daging penting untuk sumber tenaga. Namun jika anda mengambilnya secara berlebihan, ia boleh memberikan kesan yang tidak baik. Memakan daging terlalu banyak akan menyebabkan anda malas untuk bergerak, menggangu fikiran dan mudah menjadi agresif. Kurangkan pengambilan daging kerana ia akan menyebabkan anda menjadi pasif dan tidak bermaya apabila melakukan hubungan seks.
  3. Makanan Segera
    Makanan segera banyak mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet yang tidak elok untuk sistem pembiakan. Pengambilan makanan segera yang terlalu kerap akan melemahkan sperma dan boleh menjadi punca kepada kemandulan.

Jadi, kawal pemakanan anda dan banyakkan pengambilan makanan sihat dan berkhasiat. Jangan lupa juga untuk melakukan aktiviti kecergasan supaya stamina dan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk kualiti hubungan seksual yang memuaskan. Sekiranya pasangan anda sering mengajak anda melakukan hubungan seks itu tandanya kesihatannya berada ditahap terbaik dan anda patut rasa gembira dan bersyukur.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini