•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggal berapa hari lagi sebelum penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dijalankan. Rata-rata bagi mereka yang tidak merokok, ini merupakan khabar gembira buat mereka kerana telah lama bertolak ansur dalam berkongsi udara yang tidak menyihatkan ketika menjamu selera.

Namun, bagi sesetengah perokok pula ini merupakan tindakan yang menyekat hak pengguna mereka sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka.

Bercerita mengenai tabiat merokok, sudah tentu ramai sedia maklum ia adalah satu tabiat yang membahayakan kesihatan. Justeru, ada dikalangan ahli keluarga yang cuba sedaya upaya membantu golongan perokok ini untuk meninggalkan tabiat buruk ini.

Akan tetapi, ada dikalangan perokok yang egonya tinggi sering menidakkan usaha tersebut, lebih memburukkan keadaan apabila mereka sering memberi hujah-hujah yang menyangkal keburukan menghisap rokok.

Walaubagaimana pun, untuk berdepan dengan golongan perokok yang berperangai sebegitu tidaklah merupakan cabaran yang sukar.

Mengenali individu ini, Encik Maniam (bukan Muslim). Beliau pernah berceritakan tentang risiko rokok yang membahayakan kesihatan.

Dan ini adalah 3 soalan yang mampu menyentapkan golongan perokok sekiranya mereka adalah dari golongan yang keras kepala dan enggan menerima nasihat, terutamanya kepada perokok yang beragama Islam.

  1. Kotak rokok ada tanda halal ke?
  2. Masa nak hisap rokok baca Bismillah?
  3. Masa sembahyang 5 waktu kita berdoa supaya diberi kesihatan yang baik, tetapi lepas sembahyang kita hisap rokok yang memudaratkan kesihatan diri dan orang lain. Jadi rasa-rasanya Allah makbulkan ke doa kita tadi tu?
Baca juga  Perihal Penyakit Difteria

Agaknya apa jawapan yang perokok mampu berikan?

p.s: Syukur Alhamdulillah, saya tidak merokok. 🙂

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini