3 Tempat Makan Sedap Di Ipoh 2018

tempat makan sedap di Ipoh

“Apa tempat makan best di Ipoh?”

Ini persoalan yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali merancang ke sesuatu tempat. Dengan bantuan media sosial, sebaik sahaja anda update di Facebook atau IG story, pasti pelbagai cadangan yang akan dicadangkan oleh rakan-rakan maya.

Dalam perkongsian ini, jom kami kongsikan beberapa tempat makan sedap dan menarik yang terdapat di bandaraya Ipoh.

1. Restoran Simpang Tiga – Masakan Padang.

Restoran Simpang Tiga terkenal dengan masakan Padang yang unik dan jarang dijumpai di tempat lain. Restoran ini mempunyai ruang makan di bahagian dalam yang berhawa dingin dan luar. Selain juadah lauk masakan Padang, pilihan masakan panas turut ditawarkan sebagai pilihan.

restoran simpang tiga ipoh

Dengar cerita, Restoran Simpang Tiga ni sentiasa penuh samada hari biasa atau hari minggu. Walaupun penuh, servis dia tetap tip top. Sekiranya anda ‘blur‘ nak makan apa, akan ada krew restoran yang boleh membantu andauntuk memilih lauk yang ada. Siap dia boleh rekemen dan terangkan apa sebenarnya lauk tu.

Di ‘stesen’ lauk, anda hanya perlu tunjuk nak itu, nak ini untuk berapa orang makan. Dah selesail memilih, balik semula ke meja anda dan diorang akan hantarkan. Menu pilihan kami kali ini adalah ikan jenahak bakar berempah , ayam penyet, masak lemak kuning telur itik, masak lemak kikil, pecal, sambal merah & sambal hijau.

Nampak banyak untuk 5 orang makan kan, tetapi alhamdulillah, licinnnnnnn..

So far, menu-menu lain dah biasa jumpa. Kecuali yang ini, Masak Lemak Kikil. Mula-mula dengar word ‘kikil’ daripada krew, kami macam “hah??..apa benda tu??“..nasib baik ada krew tu sudi menerangkan secara jelas.

Baru kami tahu ‘kikil’ tu asalnya daripada bahasa Indonesia, bermaksud bahagian kaki lembu.

Serius sedap Nanti korang datang restoran ni, wajib pesan menu ni ok.

Alamat Restoran Simpang Tiga, Ipoh: 

D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

Tel: +60 5-255 1220

2. Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Destinasi seterusnya ialah Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Apabila mendengar nama restoran ini, kami menyangkakan Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ini hanya menyediakan menu nasi lemak.

Rupanya bukan sekadar nasi lemak ada di sini, pelbagai menu sedap dan menarik turut ditawarkan di sini.

Sampai sahaja di depan restoran ini, pelanggan pasti tertarik dengan juadah Pencuci Mulut yang dihidangkan di pintu masuk. Ada aneka bubur seperti bubur kacang hijau, bubur sagu, pengat pisang dan pelbagai lagu. Tepuk dada tanya selera.

Sebelum pesanan kami sampai, jom cuba dahulu menu pembuka selera, Pulut Mangga. Mangga yang masak dihidangkan bersama pulut pandan, dicucuri pula dengan santan manis..perghh..

Datang ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni takkan lengkap kalau tak pekena nasi lemak ayam kampung ini. Menu yang mendapat permintaan tinggi. Kalau tak, takkan bersusun ayam kampung goreng kat pintu masuk tu.

Oh ye, ayam kampung ini akan dihidangkan panas-panas, menambahkan lagi selera makan kami.

Satu lagi menu tarikan di sini. Belut! Ada sup belut, belut goreng, belut paprik dan macam-macam lagi la. Belut segar pula, siap ada akuarium yang menempatkan belut-belut sedang berenang dengan riang.

Kali ini kami pesan belot goreng. Rasa dan struktur Isi belut ini lebih kurang ikan/ayam. Makan belut goreng dengan nasi putih panas-panas pasti menyelerakan..silalah cuba nanti.

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Banyak lagi menu-menu yang menarik perhatian kami di sini.

Next trip kami ke Ipoh, pasti akan singgah lagi di sini.

Alamat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh: 

43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak

Telefon : +60 5-254 4318

Buka: 3.30 petang – 2.30 pagi.

3. IPOH Hainan Chicken Rice

Cadangan tempat makan menarik di Ipoh yang seterusnya adalah Ipoh Hainan Chicken Rice.

Dalam hati kami, alah nasi ayam je pun, apa yang sedap dengan Ipoh Hainan Chicken Rice ini??

Nasi Ayam Hainan Ipoh sedikit berbeza dengan nasi ayam biasa yang terdapat di tempat lain. Untuk lauk ayam, pelanggan boleh memilih untuk ayak panggang (roasted) atau ayam stim (steamed).

Selain itu, ada pelbagai pilihan ‘side dishes‘ untuk dikombinasikan bersama nasi ayam Hainan. Pada kami, semua ‘side dishes’ di sini sedap dan menyelerakan belaka.

Inilah hasilnya kalau masing-masing sedang kelaparan. Selain Roasted Chicken, kami memilih, Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce, Kerabu Mangga & Lemon Chicken. Sedap ke tak? Yeahhh..sedap gilerr..kena dengan selera.

Tauhu goreng di sini sangat marvelous, patut anda cuba apabila ke sini.

Kerabu Mangga dengan rasa masam-masam manis tak perlu diuraikan secara panjang lebar.

Chicken Lemon tu antara yang paling sedap yang pernah kami makan seumur hidup ini. Serius!

Pada kami, nasi ayam ini, sedapnya dikira pada ayam & sambal, selain daripada nasi ayam yang ditanak bersama pati ayam dengan sempurna. Setuju?

Harga? Sangat berbaloi dengan rasanya yang sedap. Sebenarnya terdapat beberapa pilihan menu mengikut bajet anda. Ada didatangkan dalam set dan ada untuk ala-carte.

Nak tahu lebih lanjut tentang rasa , jangan lupa singgah di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice apabila anda berada di Ipoh ya.

Alamat Ipoh Hainan Chicken Rice:

107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Jangan lupa masukkan dalam senarai anda – 3 tempat makan sedap wajib cuba di Ipoh ini!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini