4 Perkara Wajib Ada Untuk Menjadi Blogger Yang Bagus Dan Bertahan Lama

Minat adalah ubat paling kuat untuk bertahan lama dalam bebrblogging

Blogging sekarang dah menjadi semakin popular walaupun ada yang berkata sebaliknya. Lambakan blog pelbagai niche yang timbul saban hari menambahkan lagi persaingan di kalangan blogger-blogger yang sedia ada. Walaupun blog mendapat saingan sengit daripada micro blog dan pelbagai platform media sosial, tiada tanda yang blog semakin terpinggir. Walaupun ada segelintir blogger yang dah lama berkecimpung di dalam dunia blog dilihat seakan berputus asa dengan persaingan dan perkembangan pantas dunia teknology blog ini, ada sahaja blogger baru yang muncul menggantikan yang pergi.

Fenomena ini mungkin berpunca daripada semakin banyak pendedahan tentang kejayaan menjana pendapatan samada sebagai pendapatan utama ataupun sampingan dengan menggunakan blog. Lambakan ebook tentang peluang menjana duit melalui blog juga menjadi penyebab anak muda menjerumuskan diri di dalam industri serba pantas ini.

Namun, di antara ramai blogger baru yang terjun ke dalam industri blogging ini, tidak ramai yang menjadi blogger tegar dan bertahan lama di dalam dunia blogging. Ada banyak faktor yang mendorong perkara ini daripada berlaku.

Berikut adalah 4 faktor yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi blogger yang mantap dan bertahan lama:

1. Mesti ada minat yang mendalam tentang penulisan blog

Di antara 4 faktor ini, MINAT terpaksa diletakkan di tempat paling atas. Ini adalah kerana tanpa minat menulis, seseorang bogger akan cepat berputus asa. Tanpa minat juga karya penulisannya menjadi hambar tidak berjiwa. Ini banyak terjadi pada blogger-blogger ‘segera’ yang meletakkan duit sebagai tanda ukur akan kelangsungannya berblogging.

Minat adalah ubat paling kuat untuk bertahan lama dalam bebrblogging

Untuk mendapat duit daripada hasil blogging bukannya semudah yang disangka dan dibaca. Masa yang diambil bukanlah sekejap seperti yang dijangka. Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka sasarkan (duit), mereka sudah mula lemah semangat dan mula hilang arah tuju. Lama kelamaan blog mereka semakin bersawang akibat tidak dikemaskini dan seterusnya lenyap daripada dunia maya.

Ini amat berbeza dengan blogger yang memang menbina blog sebab memang itu minat mereka. Mereka menulis dan mengemaskini blog mereka secara natural. Ia seperti menulis diari hidup mereka. Duit bukanlah objektif utama mereka. Pendapatan yang hadir hasil daripada penulisan blog mereka hanyalah bonus bagi mereka.

2. Mesti ada disiplin

Perkara ini jatuh di nombor 2. Tanpa disiplin sukar seseorang blogger untuk bergerak pantas ke hadapan. Sukar bagi mereka untuk menjadi blogger yang mantap dan disegani. Ini adalah kerana perancangan mereka (jika ada) akan tergendala akibat tiadanya keupayaan untuk menepati apa yang dirancang.

apa jua yang diusahakan, disiplin penentu kejayaan

Disiplin ini sebenarnya amat penting bukan untuk menjadi seorang blogger berjaya sahaja. Malah apa-apa bisnes sekalipun, jika tiada perkara ini, memang tidak akan pergi jauh.

Kelemahan utama bagi blogger-blogger ‘sendu’ ini ialah, mereka kekurangan disiplin. Mereka tidak memaksa diri mereka untuk membuat apa yang sepatutnya dibuat sebagai seorang blogger. Sebab itulah blog mereka kadang-kadang terupdate, kadang-kadang dibiarkan sepi.

Disiplin ini juga berkait rapat dengan kebijaksanaan blogger menguruskan masa. Walaupun blogger tersebut mempunyai kerja “hakiki” yang lain, mereka masih mampu meluangkan masa untuk mengemaskini blog mereka. Masa diberi tuhan samarata sahaja untuk semua orang iaitu 24 jam. Tinggal lagi sejauh mana bijaknya seseorang membahagi masa tersebut dengan memasukkan agenda blogging sebagai salah satu perkara utama yang wajib mereka lakukan.

3. Mesti rajin membaca

Ini nampak tidak penting. Orang yang jarang membaca pun boleh saja menulis blog. Tapi orang yang rajin membaca boleh menulis blog yang jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.

semakin banyak membaca, semakin luas pengetahuan kita

Dengan banyak membaca barulah penulisan menjadi bertambah baik. Tak kesahlah membaca apa, baik buku, jurnal, majalah malah blog orang juga bagus dibaca untuk membaiki penulisan.

Membaca juga dapat memberi ilham dan idea untuk menulis. Ia dapat melatih untuk menggarap idea dan menguraikannya dala bentuk penulisan. Mana-mana penulis yang bagus adalah yang banyak membaca.

4. Mesti suka belajar (cari ilmu)

Menulis blog bukan sekadar menulis untuk diri sendiri. Itu dipanggil syiok sendiri. Menulis adalah landasan untuk perkongsian pengalaman, saluran penyampaian ilmu dan wacana perbincangan. Namun jika tiada yang dapat membaca blog kita, mana mungkin semua itu berlaku.

Untuk idea, pengalaman, dan cerita kita sampai kepada ramai pembaca di luar sana, seseorang blogger perlu ilmu untuk itu. Malah jika yang disampaikan itu benda baik dan boleh membantu dan mengajak pembaca ke arah kebaikan, ia boleh menjadi “kilang pahala” kepada kita dan pahalanya mengalir kepada kita walaupun selepas kita tiada lagi di dunia ini.

Untuk ini blogger perlu ilmu blogging yang lebih terancang. Bagaimana cara menulis dengan betul dan menarik minat pembaca, bagaimana penguruskan blog secara betul, dan yang paling penting bagaimana untuk menjadikan artikel kita dijumpai oleh pembaca yang mencari.

Ilmu ini dipanggil Search Engine Optimization (SEO). Ilmu ini wajib dipelajari oleh blogger untuk kekal bertapak dalam industri blogging. Ia membantu menarik ribuan pencari maklumat diluar sana untuk datang ke blog kita dengan hanya menulis kata kunci yang berkaitan dengan apa yang mereka cari di papan kekunci mereka.

pendapatan pasif boleh dibina jika tau SEO

Ada ramai guru pengurusan blog dan SEO di luar sana. Salah satunya ialah MYSynergyCreative.com (MYSC) yang diterajui oleh 2 orang bloggers yang berpengalaman dalam selok belok dunia blogging. Setakat ini sudah ramai blogger yang dibantu daripada zero to hero. Boleh lawati laman sesawang MYSC untuk butiran lanjut tentang kelas belajar buat blog mereka.

Kelas Belajar Buat Blog MYSC

Inilah 4 perkara asas yang perlu bolgger-blogger ada untuk terus berkecimpung lama di dalam dunia penulisan blog. jadi untuk blogger, pupuklah minat anda di dalam industri ini, latihlah diri untuk berdisiplin, biasakan dengan tabiat rajin membaca dan carilah ilmu berkaitan dengan blogging untuk kelangsungan karier anda dalam industri ini. Selamat menjadi blogger yang mantap dan bertahan lama.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini