•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak-anak adalah satu perkara yang sangat mencabar. Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain.

Kami kongsikan perkogsian daripada bapa ini tentang 4 Tips Elak Marah Anak-anak  yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana:

1.Bawa Bertenang dan Tarik Nafas

Masa paling senang hilang kawalan kesabaran ialah ketika badan penat. Anak tanya soalan itu ini pun boleh naik angin. Alhamdulillah, so far aku tak pernah lagi sebegini. Tapi kalau tengah baring, tetiba datang si abang melompat ke atas perut aku, mahu gak aku melenting. Jadi, untuk elak benda ini, aku akan lebih alert dan elak sebelum dia melompat. Bertenang.

Beritahu dia yang tindakan itu berbahaya dan menyakitkan. Bertenang dan bersabar, fikirkan, “Anak hanya inginkan perhatian, nak ajak bermain. Tugas ayah untuk ajar cara menarik perhatian yang betul”

2.Keluar dari Zon Marah.

Apabila hilang sabar, sama ada dengan ragam anak atau sebab luaran, jauhilah daripada anak kecil buat sementara. Masuk bilik atau keluar ke lama rumah buat sementara waktu. Kawal dan fikir balik, “Patutkah anak kecil menjadi mangsa nafsu amarah, tak kesiankan mereka yang tak daya melawan?” Setelah kembalik tenang, boleh sambung bermain atau melayan anak-anak.

Baca juga  Anak dibuli di sekolah? Ini tindakan yang sepatutnya ibu bapa ambil.

3.Beristigfar

Istigfar banyak-banyak, atau boleh ke bilik air untuk berwuduk. Hanya diri sendiri yang boleh kawal rasa marah ni.

“Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Beri Penjelasan.

Isteri aku selalu cakap aku suka membebel. Bagi aku, membebel lebih baik daripada marah. Aku membebel untuk menerangkan atau beri penjelasan kenapa itu tak boleh, ini tak patut dilakukan, yang itu tak elok dan yang ini berbahaya. Tetapi, agak mencabar. Sebab ada masa anak aku faham, ada kala macam diorang ‘blurrr’ je..mungkin aku perlu lebih banyak belajar ‘skill’ untuk berkomunikasi dengan anak kecil yang berusia 3 tahun dan 1 tahun..hehehe.

 

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini