Pernah tak terjadi apabila bangun dari tidur terasa sakit tengkuk dan kepala tak boleh dipusingkan. Nak toleh ke kiri sakit, ke kanan pun terasa sakit.

Kebiasaannya perkara ini terjadi disebabkan kedudukan kepala yang tidak betul semasa tidur. Mungkin juga disebabkan oleh keadaan dan kedudukan bantal sewaktu tidur.

Jika perkara ini terjadi, anda boleh cuba langkah yang ingin kami kongsikan ini.

1. Tepuk-tepuk bantal
Cubalah cara ini jika anda sakit tengkuk atau sakit leher. Sebelum kepala lena di atas bantal, cubalah ‘tepuk-tepuk’ dan pusing-pusingkan dulu bantal tersebut supaya isi-isi bantal tersebut sekata. Pastikan posisi tidur yang tepat atau selesa terutama bahagian leher.

2. Tuam tengkuk/leher
Kalau terkehel leher akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam. Mula-mula basahkan tuala dengan air suam, perah dan di sekitar tengkuk atau leher yang sakit.

Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais. Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya menjadi ok semula.

3. Urut lembut
Untuk melegakan otot-otot tengkuk atau leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut lembut di sekitar leher. Cara sebegini berguna untuk melegakan otot-otot saraf pada leher.

Baca juga  10 langkah yang boleh diamalkan apabila demam campak

4. Lakukan regangan ringan
Melakukan regangan ringan dengan duduk tegak dan posisi kepala mengadap ke hadapan. Kemudian, perlahan-lahan, tunduk kepala ke bawah dan lakukan dalam kiraan lapan. Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang dan kira sampai lapan. Lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.

5. Jemur bantal
Ini adalah petua turun temurun yang disampaikan oleh orang tua dahulu kala iaitu menjemur bantal. Tujuan sebenarnya adalah untuk menjadikan tekstur bantal lebih empuk dan selesa untuk digunakan. Mungkin kerana terlalu lama digunakan, keadaan bantal tersebut tidak lagi ’empuk’ dan keras.

Jadi selepas ini diharapkan anda tidak lagi mengalami sakit tengkuk atau leher lagi selepas bangun tidur. Semoga anda mendapat mimpi indah dan berkualiti sehingga ke subuh hari.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini