5 Cara Mudah Elak Isteri Stress.


Satu tips kebahagian rumahtangga adalah jangan biarkan isteri stres! Dengar macam komplikated bukan, tetapi sebenarnya tak susah mana pun untuk elakkan isteri anda daripada stress. Ini realiti.

Kalau isteri stres, kehidupan suami di rumah turut akan jadi susah.

Setuju?

Sebenarnya, nak bahagiakan hati isteri ini senang saja. Mereka tak minta banyak pun. Permintaan pun sebenarnya biasa-biasa sahaja. InsyaAllah suami mampu tunaikan.

Paling penting, janganlah terlalu berkira dengan isteri anda itu. Isteri jugalah yang telah banyak berkorban segalanya, demi menjadi isteri dan ibu terbaik keluarga.

#1 Pusing-pusing taman di rumah sambil berbasikal atau jalan kaki.

Percayalah, ini juga sudah memadai. Bukannya sebab berjalan kaki sambil mengeliling taman di sebelah rumah anda itu sangat nikmat..tetapi masa berdua bersama tu yang sangat tinggi nilainya.

Tapi jangan pula suami menjeling perempuan lain yang sedang berjogging di taman, nanti makin stress isteri tu.

#2 Santai di Taman Permainan

Sambil berborak berdua, boleh juga bawa anak-anak bermain di taman permainan. Imbas balik kenangan manis. Pasti hilang stress isteri anda!

Lagipun, taman permainan tempat paling ideal untuk anda seisi keluarga. Anda boleh bawa sebarang bekal untuk dimakan di sana. Berpiknik~lah!

Anak-anak seronok bermain, isteri pun rasa tenang. Hilang stress dia!

#3 Bawa isteri berkelah di air terjun atau pantai.

Untung kepada keluarga yang tinggal tidak jauh dari pantai atau air terjun. Tempat sebegini merupakan satu tempat rehat seisi keluarga sebagai terapi untuk hilang stress. Iyelah, nikmat melihat keindahan ciptaan Allah swt lebih tinggi berbanding melihat “SALE” di pusat membeli-belah.

Isteri yang stress dengan kerja ofis, kerja rumah dan perangai anak-anak, akan hilang dengan cara ini.

Nak best lagi, buatlah aktiviti BBQ atau makan-makan di tepi air terjun atau pantai. Sambil dengar deruan air terjun atau ombak, jiwa juga lebih tenang.

#4 Bawa pulang ke kampung

Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat isteri membesar. Bawalah isteri dan anak-anak pulang ke kampung.

Jika isteri tiada kampung, bawalah balik ke kampung suami. Fikirkan aktiviti yang best untuk dilakukan di kampung.

Antaranya, cari makan makanan yang unik dan sedap. Makanan di kampung pasti berbeza dan lebih sedap berbanding di bandar, terutamanya air tangan mak.

Perut isteri kenyang, minda pasti lebih “happy” dan bahagia. Hilang sress!

Ketenang kampung juga satu terapi hilangkan stress!

#5 Window shopping pun sudah memadai

Majoriti isteri sangat memahami ‘ekonomi’ poket suami. Mana ada isteri ingin menyusahkan suami sekiranya suami tidak berkemampuan. Wanita ini sebenarnya bijak menyesuaikan diri. Jika mereka tahu yang mereka (atau suami) tiada duit, tak adanya mereka nak boros dalam belanja.

Keluar ke pusat membeli tidak semestinya wajib membeli. Kalau anda pergi ke sana, cukuplah sekadar window shopping. Orang perempuan ni, kalau tak dapat membeli, ada masa untuk ‘cuci mata’ pun dah cukup memadai. Kata mereka, window shopping adalah trick untuk hilangkan stress walaupun tak membeli.

Suami yang baik tidak terlalu berkira dengan isteri. Fahamilah kepenatan dan tekanan yang mereka rasa jika asyik “terperuk” di dalam rumah menguruskan rumah tangga. Faham?

Ada suami bukan tak mampu buat 5 perkara di atas ini, cuma “malas”. Jangan macam tu kawan. Paling busuk pun, amalkanlah 1 atau 2 cara di atas untuk hilangkan stress isteri.

Isteri bahagia, pasti rumahtangga lebih bahagia.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini