Rasanya dah terlalu lama taman tema keriangan di Genting Highland ditutup kepada pengunjung. Sejak tahun 2013 sehingga kini, orang awam masih tertanya-tanya apakah perubahan yang dilakukan oleh Resort World Genting terhadap taman tema ini.
Puncak Genting Highland kini dalam fasa terakhir menyiapkan taman tema yang diberi nama 20th Century Fox World Theme Park. Berikut merupakan fakta yang perlu anda tahun tentang taman tema ini.
- Merupakan theme park pertama seumpamanya di dunia yang dibuka oleh Twentieth Century Fox.
- Ilustrasi gambaran keadaan taman tema apabila siap sepenuhnya adalah seperti di bawah ini.
- Theme park ini meliputi keluasan kawasan 25 hektar yang dibina berdasarkan film yang pernah dikeluarkan oleh Twentieth Century Fox seperti Ice Age, Rio, Alien vs Predator, Planet of the Apes, Night at the Museum dan banyak lagi.
- Terdapat 25 permainan interakrif (rides) yang disediakan berdasarkan tema film.
- Harga tiket masuk apabila siap kelak dianggarkan sekitar RM150 bagi seorang dewasa.
Pasti anda tidak sabar untuk bercuti ke Genting Highland bukan? Jangan risau kerana walaupun taman tema 20th Century Fox World masih belum siap sepenuhnya tapi terdapat juga tarikan lain yang kini sedia menanti pengunjung antaranya :
- Pusat membeli belah Genting Premium Outlet (GPO)
- SkyAvenue
- SkySymphony
- Pusat pameran Senikome Peng Heng.
- Chin Swee Cave Temple
- Genting Strawbery Leasure Farm
Selamat bercuti! Kongsikan pengalaman percutian anda di ruangan komen supaya dapat menjadi rujukan kepada pengunjung lain.
Kredit gambar : Sofi Rgb