Di Malaysia, perkataan ‘vaksin’ bukannya terma yang baru untuk ibu-bapa. Semestinya, anak anda telahpun diberi vaksin sebaik sahaja dia berumur beberapa minggu dan juga di sekolah rendah.

Tetapi adakah pengetahuan anda mencukupi tentang vaksin?

Kami menyenaraikan 5 fakta penting yang anda perlu tahu tentang vaksin dan bagaimana ia boleh membantu anak anda mengelakkan daripada dijangkiti penyakit merbahaya.

Kredit: Sriwijaya Post

1. Apakah kandungan vaksin?

Vaksin mengandungi bahan aktif yang dinamakan antigen. Antigen ini boleh mengambil bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Sama seperti makanan dan minuman, vaksin juga boleh mengandungi pengawet, penstabil atau komponen yang lain.

2. Apakah proses pembuatan vaksin?

Vaksin dihasilkan daripada pembiakan organisma hidup. Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas: pembiakan, pengasingan, penulenan dan formulasi. Walaupun langkah-langkah adalah sama untuk semua vaksin, cara ia diproses akan berubah mengikut jenis organisma yang terlibat: bakteria atau virus.

Selain itu, vaksin juga akan diuji untuk memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat; dan memastikan ia ada pada tahap spesifikasi yang ditentukan.

3. Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa bayi?

Sistem daya lawan (imun) bayi lemah jika dibandingkan dengan sistem dewasa. Oleh itu, risiko bayi untuk dijangkiti penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin adalah lebih tinggi. Untuk menangani masalah ini, imunisasi awal diberikan. Vaksin ini akan menguatkan sistem imun mereka untuk melawan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Baca juga  Petua Penyakit Stroke atau Angin Ahmar

4. Bolehkah vaksin memberi perlindungan 100% daripada penyakit?

Tiada vaksin yang boleh memberi jaminan untuk memberi 100% perlindungan. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berlainan kepada vaksin yang diberikan. Sesetengah daripada mereka mungkin tidak boleh menghasilkan imun yang mencukupi. Tetapi sedikit perlindungan masih lebih daripada tiada perlindungan langsung.

5. Vaksin perlu diberikan mengikut jadual

Vaksin perlu diberikan mengikut jadual dan tidak sesuka hati. Dengan mengikuti jadual ini, tubuh badan penerima vaksin diberi ‘peringatan’ atau rangsangan untuk mengukuhkan imun seseorang dan memberi pelindungan optimum.

Jangkamasa akan ditetapkan mengikut jenis vaksin. Jika anak anda tertinggal satu dos vaksin, doctor anda boleh memberi tarikh seterusnya untuk dos tersebut.

Risiko Anak Tanpa Vaksin

Hakikatnya, kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin bukan sahaja mempunyai risiko tinggi terdedah kepada penyakit malah turut membahayakan orang di sekeliling mereka.

Memang kanak-kanak boleh membina imuniti sendiri menerusi pendedahan kepada pelbagai penyakit, tetapi sanggupkah ibu bapa melihat anak-anak mereka dimasukkan ke hospital sehingga berhari-hari lamanya kerana menghidap pelbagai komplikasi penyakit.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini