GST vs SST…
Tajuk yang tidak habis-habis didebatkan baik di Parlimen oleh menteri-menteri kabinet, maupun di kedai-kedai kopi oleh rakyat marhaen. Penyokong GST mengatakan harga barang lebih murah dengan perlaksanaan GST. Penyokong SST pula sebaliknya menyokong cukai SST yang diimplementasikan semula oleh kerajaan baru bermula 1 September tempohari.
Artikel ini bukanlah bermaksud kami menyokong GST ataupun SST. Pada kami biarlah yang arif membincangkan tentang halatuju negara. Kami mengikut apa yang terbaik dan memberi keuntungan kepada rakyat. Jika rakyat dianiayai, perubahan bleh dituntut di Pilihanraya selepas ini.
Dalam pada itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan menyaksikan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
5 Jenama Kereta Yang Turun Harga Selepas Perlaksanaan SST:
1. Perodua
Bagi kereta model Myvi 1.5, harga selepas perlaksaan SST adalah RM40,390 berbanding harga sebelum ini iaitu RM41,497. Berlaku penurunan harga sebanyak RM1,107.
2. Honda
Honda Jazz 1.5 kini berharga RM83,633 berbanding sebelumnya RM85,750.
3. Toyota
Toyota Vios juga turun sedikit harganya selepas perlaksanaan SST. Harga terkini adalah RM93,200 berbanding harga semasa GST RM93,980.
4. Volkswagon
Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu RM76,888
5. BMW
BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini semasa perlaksanaan GST.
Jelas Lim Guan Eng, penurunan harga kenderaan itu adalah selari dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjamin kesejahteraan rakyat berikutan pelaksanaan SST. Ini kerana kerajaan tidak mengutip begitu banyak cukai berbanding GST dan ini membolehkan harga barangan dikurangkan.
Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta, Perodua telah mengeluarkan kenyataan berhubung penurunan harga bagi model tertentu keluarannya antara 1 hingga 3 peratus susulan perlaksanaan SST.
Malah bermula 1 September lalu, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya, antara 1 hingga 3 peratus lebih rendah berbanding 6 peratus dibawah GST.
Turut mengumumkan penurunan harga kenderaan ialah Honda Malaysia yang bertindak menyelaraskan harga model kenderaan dan perkhidmatannya selepas jualan.
Jadi yang nak tukar kereta boleh la ke showroom untuk “ushar” kereta pilihan anda. Sekurang-kurangnya ada diskaun berbanding dengan sebelum ini. Betul tak?
apasal turun sikit sangat, kalau turun harga rm dalam 7 ribu ke 8 ribu sebuah, barulah orang ramai beli!