• 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kita nampak orang pergi melancong ke luar negara tu enjoy jer.. Seronok jer. Itu betul.. Namun sebelum mereka sampai ke tahap itu, banyak perancangan yang perlu mereka buat. Daripada mengemas beg travel, mmeilih pakaian travel mengikut iklim negara yang bakal dilawati sehinggalah hal-hal yang berkaitan dengan penempahan tiket penerbangan, visa dan sebagainya.

Sebenarnya berbulan sebelum tarikh travel, mereka sudah giat membuat research serta mencari info untuk merangka dan merancang ittenarary kembara mereka. Ini demi memastikan perjalanan kembara mereka tidak menghadapi kesukaran kelak.

Namun dalam membuat perancangan yang rapi tersebut ada sahaja kesilapan yang lazim pengembara lakukan. Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang selalu buat diambil mudah:

1. Terlalu banyak tempat untuk dilawati dalam satu trip

Ya.. Memang teruja merancang perjalanan terutama ke destinasi yang belum pernah dijejaki. Setelah membuat research dan mencari maklumat, pengembara akan dapati terlalu banyak tempat yang nak lawati semasa trip nanti. Ini akan mendorong anda membuat ittenarary yang padat di dalam trip tersebut.

Ini nampak bijak secara teori. Ya lah, tempat jauh. Bukan selalu boleh dikunjungi. Alang-alang pergi lebih baik cover banyak tempat. Tapi perjalanan sebenar bukan seperti yang dirancang. Salah satu sebabnya ialah anda bergantung kepada jadual perjalanan kenderaan yang dinaiki. Jadual kapal terbang, keretapi dan bas yang dinaiki berkemungkinan besar akan berubah. Ada yang tertangguh dan sebagainya. Ini pastinya akan menjejaskan perancangan jika ittenarary anda terlalu padat.

Jika anda memperuntukkan banyak ruang masa antara bandar-bandar yang bakal dilawati, anda masih boleh mengubah perancangan ittinerary yang telah dibuat dengan bebas. Dengan kata lain, anda boleh membuat pelan B atau C secara bebas.

Cari info dan bacalah pendapat daripada orang yang pernah pergi ke tempat yang bakal anda ziarahi itu. Ambil cakna tentang cadangan masa yang minima yang mereka sarankan untuk berada di sesebuah tempat yang anda akan ziarahi.

Lagipun jika ada ruang masa yang lebih banyak di antara tempat-tempat yang bakal anda singgah, anda dapat memperuntukkan sedikit masa rehat supaya anda sampai ke destinasi yang seterusnya nanti tanpa banyak tekanan.

Tidak mengapa. Tempat-tempat yang anda langkau tersebut mungkin boleh diziarahi lagi di masa akan datang. Jangan bimbang. Takkan lari gunung dikejar. Menara Eiffel di Paris masih tak berganjak daripada tempatnya sewaktu anda sampai di masa akan datang.

2. Beratur panjang lama-lama untuk masuk ke tempat menarik

Ada tempat yang ok jika anda terpaksa menunggu untuk giliran masuk ke tempat menarik tersebut. Menunggu giliran membeli tiket di kaki pergunungan Titlis Switzerland mungkin tidak memberi kesan kerana anda boleh mengisi masa menunggu dengan mengambil gambar yang cantik di kaki pergunungan bersalji tersebut. Sambil-sambil menikmati Nasi Beriyani Pakistan di restoran di kaki gunung tersebut. (tapi harganya tidaklah murah..)

Suasana menunggu mungkin berbeza jika anda terpaksa beratur panjang untuk memasuki Universal Studio Singapore misalnya. Ataupun Taman Tema Legoland. Sebabnya masa yang dibazirkan tersebut boleh digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik yang lain di sekitarnya.

Oleh itu, pembelian tiket awal secara online adalah langkah yang amat bijak. Sampai sana tak perlu lagi dah nak beratur panjang. Terus saja boleh masuk. Kadang-kadang, tempat anda menginap juga ada menyediakan tiket tempat yang anda nak ziarah nanti. Biasanya mereka berkerjasama dengan tempat tarikan ramai tersebut untuk dijadikan promosi untuk menarik orang ramai datang dan menyewa penginapan mereka.

Ada sesetengah mereka siap boleh bagi diskaun lagi jika booking melalui mereka. Contohnya semasa kami ke Rotoroa North New Zealand. Kami mendapatkan tempat bermalam di Rasa Sayang Villa Rotoroa. Ia adalah penginapan jenis Air BnB yang dipunyai oleh orang Malaysia yang menetap di sana. Bro Jeff (tuan punya Air BnB) dah kawtim dengan tempat-tempat menarik sekitar Rotoroa.

Kami mendapat diskaun sebanyak 10% untuk Agrodome Farm dengan menunjukkan brochure yang dichop dengan nama Rasa Sayang Villa.

Jadi rancang sebaiknya perjalanan anda. Jangan bazirkan masa beratur lama-lama menunggu giliran untuk masuk. Kalau boleh elakkan pergi semasa cuti umum seperti cuti sekolah dan sebagainya. Ini kerana masa tersebut menjadi tumpuan orang setempat untuk membawa keluarga bercuti. Anda dah jimat masa sewaktu nak masuk ke Taman Tema jika anda beli tiket secara online, tetapi anda masih perlu beratur menunggu giliran untuk masuk bermain di satu-satu tempat permainan di dalam taman tema tersebut.

3. Bersenang lenang macam kat rumah

Rugi tau macam ni. anda pergi tempat orang untuk enjoy tempat tu. Untuk cari keunikan yang tak ada kat tempat anda. So kalau pergi travel, lepas tu pergi makan cari tempat tenang duduk sorang-sorang, memang rugi. Kalau boleh pergi lah tegur siapa-siapa kat restoran tempat anda makan tu. Boleh la borak pasal tempat dia. Cuma kena hati-hati sikit. Kena ingat hati orang yang baru dikenali mungkin tidak seperti hati anda yang ikhlas ingin bersahabat.

Baca juga  5 Fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Taman Tema 20th Century Fox World di Genting Highland

Sama jugak kalau nak pergi ke satu-satu tempat. Kalau boleh jalan kaki, jalan kaki lagi baik tau. Banyak perkara yang boleh anda dapat. Banyak moment yang boleh anda kutip. Kalau anda seorang yang sukakan fotografi, masa jalan-jalan ni lah anda boleh snap gambar jalanan ataupun street photo. Memang puas hati la..

Kami terlepas moment ni masa melawat ke Dieng tempohari. Kami keluar awal pagi daripada Dieng untuk mendaki gunung berdekatan dengan Gunung Merapi untuk menyaksikan pemandangan menarik benang fajar yang berwarna keemasan yang keluar di celahan Gunung Merapi.

Daripada homestay Dieng mereka menyediakan pengangkutan iaitu dengan membonceng motosikal yang dipandu oleh orang tempatan. Sebabnya jarak antara Homestay ke kaki gunung agak jauh, dalam 4 atau 5 kilometer jugak rasanya. Jadi di perjalanan balik, anda bebas memilih nak berjalan kaki ataupun masih nak naik motor.

Kami memang menyesal kerana menaiki motorsikal kerana banyaknya moment yang kami terlepas berbanding jika kami berjalan kaki untuk balik ke homestay. Suasana pagi di kampung tersebut memang rare. Macamana ragam anak-anak bersiap untuk pergi sekolah, ragam ibubapa keluar untuk mencari sarapan, ragam ibubapa yang keluar berkerja menjual sayur adalah moment kami terpaksa lepaskan sebab mengambil keputusan menaiki motorsikal.

Rugi.. Banyak street photo yang boleh kami abadikan sebagai kenang-kenangan kat situ. Sebab tu masa kami ke Kyushu, Jepun, kami berusaha untuk bangun seawal pagi untuk menikmati moment pagi di sana. Malam juga jika ada kelapangan kami keluar untuk menikmati suasana malam di sana

4. Menjadi terlalu kedekut tetapi tidak praktikal

Biasanya jika travel sendiri ataupun backpacker, bajet memang anda jaga. Kalau boleh anda nak yang paling murah dan berbaloi. Cuma kena hati-hati. Kadang-kadang terlalu berkira dengan bajet juga membuatkan anda kerugian.

 

Jangan berkira dengan masa. Dalam travel masa adalah wang. Jimatkan masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sebenarnya memberi anda nilai penjimatan wang yang bukan sedikit. Memilih untuk menggunakan bas lebih cepat sampai ke destinasi. Nak lebih cepat lagi pilihlah keretapi. Untuk destinasi lebih jauh, mungkin pelmilihan kapal terbang lebih praktikal.

Ya.. kosnya mungkin lebih mahal. Tapi jika anda fikirkan penjimatan masa yang ditawarkan, ia adalah lebih baik. Anda mungkin boleh sampai awal sehari berbanding jika menaiki kapal terbang berbanding dengan menaiki bas, misalnya. Sehari yang anda jimat tu boleh digunakan untuk menjelajah lebih banyak tempat di destinasi baru tersebut. Bukankah itu lebih memberi nilai terhadap kos yang telah anda keluarkan?

Jadi jika anda nak berjimat sewaktu travel, cuba anda jimatkan di perbelanjaan yang lain. Antara cadangan penjimatan adalah anda cari penjimatan pada tiket kemasukan ke tempat yang bakal anda lawati. Mungkin dengan membeli awal ataupun membeli secara berkumpulan boleh menjimatkan anda dengan diskaun yang tertentu..

5. Membiarkan Kesilapan Menghantui Anda

Naik teksi dan teksi tersalah jalan, terlambat bersiap menyebabkan terlepas kapal terbang dan sebagainya adalah kekesalan yang mungkin berlaku dalam kembara. Silapnya anda sebab anda terbawa-bawa dengan kesilapan tersebut yang ada kalanya bukan disebabkan anda pun. So, rileks.. Chill..! Lupakan kesilapan tersebut dan enjoy trip anda.

Anda masih ada masa travel untuk dihabiskan. Dan anda ada lagi tempat untuk kit jelajahi selepas trip ini. Mungkin bulan depan, mungkin tahun depan. Jadi move on. Kesilapan tu pun adalah moment dalam travel. Ia boleh jadi kenang kenangan pada anda. Ia boleh jadi satu cerita jika anda seorang blogger travel ataupun penulis. Yang penting ianya akan menjadi pengajaran yang amat bernilai untuk anda menghadapi travel-travel akan datang.

Itulah 5 kesilapan yang biasa berlaku jika anda merancang percutian sendiri samada travel seorang diri ataupun dengan kumpulan kecil. Ia menjadi detik yang bersejarah dan pelajaran yang bermakna bagi yang meminati cabaran. Dan kepuasannya tidak dapat diucap dengan kata-kata.

Jika anda yang sejenis malas dan tak ada masa untuk merancang percutian ataupun travel sendiri, anda boleh pergi dengan pakej travel yang dipercayai.. Travel berkumpulan menggunakan pakej pelancongan sudah tidak mahal dah sekarang ni berbanding dengan kemudahan dan kepuasan yang anda akan kecapi. Yang pasti semuanya disediakan untuk anda, daripada hotel, ittenarary, tempat menarik yang dikunjungi, makan dan sebagainya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini