Sebentar lagi, perlawanan akhir 1 Piala AFF Suzuki 2018 yang menyaksikan pertembungan Malaysia lwn Vietnam akan bermula. Rata-rata netizen Malaysia berbicara tentang Final Piala AFF Suzuki 2018. Masing-masing bersatu hati dan berdoa agar kemenangan berpihak kepada pasukan kesayangan negara, Harimau Malaya.

Ternyata, bola sepak adalah sukan yang universal. Peminat akan menolak perbezaan pegangan/politik, bangsa dan agama demi melihat kejayaan pasukan yang disokong. Lihatlah pada minggu ni, cerita tentang Harimau Malaya layak ke Final Piala AFF Suzuki 2018 lebih menarik perhatian berbanding cerita isu-isu lain.

Banyak faktor yang menyokong sukan bola sepak lebih diminati di negara ini terutama oleh kaum lelaki:

5 Sebab Lelaki Sukakan Sukan Bola Sepak.

1# Selain merokok, lepak sambil berborak tentang ‘bola sepak’ adalah cara paling cepat nak ‘masuk’ atau ‘click’ dengan kawan yang baru dikenali. Lagi cepat, bila anda dan kawan baru itu meminati kelab atau pasukan yang sama.

piala AFF Suzuki 2018

2# Alasan menonton bola sepak bersama kawan-kawan di kedai mamak atau stadium merupakan ‘Lesen Besar’ yang paling senang diluluskan. Jarang isteri melarang untuk melepak bersama kawan apabila menggunakan alasan sebegini. Setuju?

Final Piala AFF Suzuki 2018

3# Bola sepak boleh menyatupadukan rakyat majmuk. Melayu, Cina, India, Kadazan, malah Bangladesh atau Myanmar pun boleh ‘click’ dengan alasan ‘kita geng!” semata-mata kerana minat pasukan yang sama. Contohnya EPL.. untuk Final Piala AFF Suzuki ini hanya boleh digunakan untuk Melayu, Cina dan India. Mungkin Bangladesh dan Indonesia turut menyokong tim Harimau Malaya..

Baca juga  Penyerang Sensasi Liverpool, Salah Terlepas Hukuman Pergantungan

Final Piala AFF Suzuki 2018

4# Bikin havoc dan meriah di kedai mamak dan stadium. Bila bola masuk gol saja, terus bangun ramai-ramai dan menari kegembiraan satu stadium, bergegar pinggan besi roti canai di kedai mamak kerana sorakan kegembiraan anda dan rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah bersorak. Siapa yang rasakan ini satu kepuasan , angkat tangan!

5# Terjumpa jodoh di stadium atau kedai mamak semasa menonton siaran langsung bola sepak.  Jangan tak tahu, hari ini, perempuan pun dah minat bola dan mereka sanggup turun ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka. Ini bermakna, si lelaki berpeluang terjumpa awek atau jodoh yang minat bola juga. Setidak-tidaknya anda ada bahu untuk tumpang menangis bersama si dia apabila pasukan sokongan anda kalah. :-p

Final Piala AFF Suzuki 2018

Kami doakan semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya pada malam ini. Ayuh, bangkit Harimau Malaya!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini