•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kami ada membaca laporan di BH Online tentang seorang wanita dicabul oleh jirannya di rumahnya sendiri.

KOTA KINABALU – Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dicabul ketika tidur oleh jirannya di rumahnya di Inanam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian pada jam 11 malam itu, suami wanita berusia 38 tahun itu tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata tidak lama selepas suami mangsa keluar, suspek masuk ke rumah terbabit.

“Suspek menarik seluar dalam mangsa sebelum mangsa tersedar dan dapat mengecam suspek sebagai jirannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Habibi berkata, mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

“Laporan polis dibuat dan usaha mengesan suspek berusia 40-an sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya. – BH ONLINE

Tidak boleh kami hadam dengan isu dunia sekarang. Jiran sepatutnya menjadi ‘saudara terdekat’ bukannya boleh diperlakukan perkara tidak senonoh. Tetapi, apakan daya, nafsu manusia susah dikawal.

Kami kongsikan tips yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri dicabul oleh jiran terdekat.

1# Jaga Cara Pemakaian Di Luar Rumah.

Langkah pencegahan bermula daripada diri sendiri. Ini perkara yang kita boleh kawal. Pastikan anak/isteri tidak berpakaian menjolok mata walaupun di kawasan rumah. ‘Mereka’ yang nakal sedang memerhati. Nafsu serakah mereka tiada siapa nampak dan tidak boleh dikawal.

Baca juga  Ikon Pengacara Negara, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia

2# Pastikan Semua Pintu Di Kunci Ketika Berada Seorang Diri Di Rumah.

Peringatan untuk suami sebelum meninggalkan isteri atau anak-anak di rumah. Pastikan bawa kunci pendua. Pastikan kunci semua ditutup sempurna. Seboleh-bolehnya, tidak perlu kemaskini status di media sosial atau Whatsapp group kejiranan yang anda tiada di rumah.

3# Jangan Percayakan Jiran.

Jangan percayakan 100% jiran anda. Cukuplah hanya meminta jiran tolong tengok-tengokkan rumah sahaja, bukannya ‘orang rumah’ sekali.

4# Pasang CCTV.

Jika berkemampuan, pasanglah CCTV di tempat yang tersorok. Kos untuk CCTV sudah murah sekarang. Ianya bukan kehendak lagi, tetapi menjadi keperluan apabila bercakap tentang soal keselamatan. Lebih mudah untuk anda memantau keadaan rumah walau di mana anda berada.

5# Pastikan Telefon Bimbit Berada Berdekatan.

Apabila anda terpaksa tinggal bersendirian di rumah tanpa suami atau orang lain, pastikan telefon bimbit sentiasa berada berdekatan. Hubungi suami atau orang yang boleh dipercayai apabila mengesyaki rumah akan diceroboh.

Diharap 5 Tips Elak Dicabul ini memberi manfaat kepada anda atau orang-orang yang anda sayangi. Kongsikan dengan mereka supaya mereka lebih berhati-hati.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini