Malaysia memang terkenal dengan makanan. Tanyalah pelancong yang datang ke Malaysia, apa yang mereka suka kat Malaysia ni. 9 daripada 10 pelancong akan masukkan kepelbagaian makanan dalam senarai apa yang menarik di Malaysia.
Baru-baru ini “Lonely Planet”, sebuah blog yang cukup terkenal dengan niche Travel dan Food nya, telah membuat survey ke serata dunia untuk membuat senarai dan ranking makanan paling best dan terbaik di serata dunia. Mereka menggunakan khidmat komuniti editor, penulis food dan travel serta chef di seluruh dunia.

Hasilnya, mereka telah menerbitkan satu travel guide Ultimate Eatlistuntuk pembaca mereka. Dalam travel guide tersebut terkandung 500 ranking senarai makanan terbaik di dunia.
Gigih betul mereka ni. Sentiasa terkehadapan berbanding dengan blog lain. Sebab tu lah Lonely Planet ni menjadi rujukan ramai yang sukakan food (makanan) dan travel (kembara).
Yang bestnya, Malaysia yang terkenal dengan makanannya tersenarai di tempat kedua. Ya, mereka meletakkan Laksa Kari Kuala Lumpur sebagai makanan kedua best di dunia.
Haaa anda setuju tak? Soalan ini ada dilontarkan oleh Hafiz dan Guibo dalam segmen kelolaan mereka di Hits FM 2 hari lepas. Ramai sebenarnya orang Malaysia yang tak setuju dengan pilihan itu. Ramai yang mengatakan Nasi Lemak sepatutnya menggantikan Laksa Kari.
Apa-apa pun itu adalah pilihan editor dan penulis Lonely Planet. Anda sebagai rakyat Malaysia setuju ke dengan pilihan tersebut? Anda rasa makanan apa yang sepatutnya menggantikan Laksa Kari?
Berikut adalah 10 makanan terbaik yang disenaraikan:
1. Pintxos di San Sebastián, Spain

2. Curry laksa di Kuala Lumpur, Malaysia

3. Sushi di Tokyo, Japan

4. Beef brisket di Texas, USA

5. Som tum di Bangkok, Thailand

6. Smørrebrød di Copenhagen, Denmark

7. Crayfish di Kaikoura, New Zealand

8. Bibimbap di Seoul, South Korea

9. Pizza margherita di Naples, Italy

10. Dim sum di Hong Kong

untuk senarai penuh, anda boleh layari https://www.lonelyplanet.com/ultimate-eats.
Hahaha. Apa-apa pun tahniah Laksa Kari sebab dah jadi femes…!!!

