Christiano Ronaldo bukan hanya bintang bola sepak yang berbakat, malah turut juga membawa tuah kepada pasukan yang memilikinya. Ini dibuktikan dengan penyertaan beliau ke kelab Itali, Juventus.
Walaupun jersi milik Ronaldo belum lagi diperkenalkan secara rasmi kepada umum, namun kehebatan aura pemain ini dapat dilihat dengan rekod jualan jersi itu untuk tempoh masa 24 jam sahaja ia dapat dijual sebanyak 520,000 helai, yang mana ia secara langsung telah mengalahkan rekod jualan jersi Neymar yang hanya dapat dijual sebanyak 10,000 helai ketika pemain Brazil itu berhijrah daripada Barcelona kepada PSG (Paris Saint-Germain).
You didn't just sign @Cristiano for what he does on the pitch…👀💰🌐 pic.twitter.com/aCim5heH8K
— ItalianFootballTV (@IFTVofficial) July 16, 2018
Dijual dengan harga $123 sehelai (kira-kira RM 498.03), hasil penjualan jersi Ronaldo itu sudah semestinya berjaya memberi keuntungan yang besar buat kelab dari Itali itu.
Juventus sold 520,000 Cristiano Ronaldo shirts within the first 24 hours of him signing for the club.
An official shirt with Ronaldo on the back costs €105
Therefore the club brought in anything up to €55m through shirt sales alone within a day of the transfer.
Madness. pic.twitter.com/V9mdeOo3aH
— 21Bet (@21Bet) July 13, 2018
Bahkan bukan itu sahaja, sejak pengumuman perpindahan CR7 ke kelab Juventus dihebahkan kepada umum, penambahan pengikut-pengikut kelab Juventus di akaun-akaun sosial media mereka juga meningkat dengan mendadak dalam tempoh beberapa hari saja.
Sebagai rekod, bilangan pengikut Instagram kelab Juventus menjadi 1.4 juta orang. Manakala untuk akaun Twitter pula pengikutnya meningkat kepada 1.1 juta orang dan di Facebook jumlahnya meningkat kepada 500,000 orang.
Since Juventus announced the signing of Cristiano Ronaldo, Juventus' social media platforms have grown significantly
Instagram: + 1.4m
Twitter: + 1.1m
Facebook + 500k. #brilafm #brilasports #ronaldo #juventus #football pic.twitter.com/b2bi0IkWik— Sports Radio BrilaFM (@Brilafm889) July 12, 2018
Nampaknya, isu perpindahan Christiano Ronaldo ini memberi impak yang sangat besar kepada kelab Juventus dan dalam masa yang sama mungkin buat Liga Serie A juga. Diharapkan dengan kehadiran beliau ia dapat memberi nafas baharu kepada liga ini yang mana sebelum ini dilihat semakin suram disebabkan kekurangan pemain-pemain ternama didalam kelab-kelab yang bersaing.