Dah makin teruk penyakit penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Dah jadi wabak. Data terkini daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan sebanyak 63.4 peratus atau kenaikan sebanyak 910 kes untuk tempoh seminggu iaitu 1,436 kes (minggu ke 27) berbanding 2,346 kes (minggu ke 28).

Pada minggu ke 29, sebanyak 722 kes dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah keluruhan daripada minggu pertama hingga kini ialah 33,425 kes.

Kes meningkat sejak Mac 2018 yang lalu walaupun tiada kematian direkodkan. Untuk tempoh yang sama, kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding 2017.

Selasa lalu, sebanyak 18 premis ditutup membabitkan 6 taska dan 12 buah tadika serta pra-sekolah. Ini menjadikan jumlah premis yang ditutup sehingga kini adalah 419 iaitu 198 taska, 197 tadika dan prasekolah serta 23 sekolah.

Walaupun angka kes dilihat seakin meningkat, namun Kementerian memberi jaminan bahawa ianya masih di dalam kawalan. Cuma penglibatan semua pihak diperlukan untuk bersama-sama membenteras wabak ini.

Ibubapa, para guru dan orang ramai perlu tahu tentang selok belok wabak ini. Anak yang sakit perlu dikuarantin di rumah dan tidak membawa mereka keluar.

Kementerian Kesihatan sentiasa memantau dan sedang giat mengadakan promosi kesihatan mengenai kebersihan diri, pengasingan kes dan saringan kanak-kanak sebelum menghadiri sesi di taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah.

Baca juga  Telur Sebiji Setiap Hari Untuk Perkembangan Dan Kecerdikan Minda Anak-Anak

Selain itu penutupan premis yang mengalami wabak HFMD juga dilakukan. Penutupan akan dilakukan selama 10 hari bagi memastikan rantaian jangkitan diputuskan dan pembersihan premis dilaksanakan. Untuk sekolah, lazimnya hanya kelas yang terbabit sahaja yang akan ditutup.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Antara gejala ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.

Langkah Pencegahan Wabak HFMD

  1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Bawalah anak ke kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh
  4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul
  6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Sumber: Berita Harian

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini