6 Perkara Ini Semakin Dilupakan Oleh Lelaki Bergelar Suami Atau Ayah.


Hari demi hari, dunia makin mencabar. Dari segi ekonomi mahu pun kekangan masa dalam mengatur jadual harian untuk keluarga mahu pun diri sendiri.

Dia berikan kita masa 24 jam sudah cukup sempurna untuk kita aturkan. Tugas seorang lelaki sebagai pekerja, sebagai suami dan sebagai bapa sepatutnya sempurna dijalan dalam masa tersebut. Andai kata ini pincang, maka tidak sempurnalah keluarga itu.

Dalam kesibukan seorang lelaki mencari rezeki setiap hari, sama-sama kita muhasabah diri tentang perkara di bawah ini.

  1. Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.
  2. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
  3. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
  4. Jangan terlalu sibuk/gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.
  5. Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan.ciuman terakhir buat mereka.
  6. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara pengikat kasih sayang..

Sama-sama kita ingat memperingati …

Rasanya ada banyak lagi tips untuk menjadi yang terbaik kan?

Tetapi nak buat yang 6 tips ni pun agak mencabar. Terutama dengan situasi kehidupan zaman sekarang ni.

Masih belum terlambat untuk kita tukar ‘lifestyle’ ke arah yang lebih baik.

Ubah diri terlebih dahulu sebelum kita ubah dunia!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini