Bawang putih dengan masakan dengan masakan Cina sangat sinonim. Boleh dikatakan bawang putih merupakan ramuan utama dalam masakan mereka.

Tidak ramai yang suka makan bawang putih atau bawah merah. Ada yang memberi alasan kerana ia akan menyebabkan mulut berbau. Bukan itu sahaja, kalau anda makan bawang putih mentah, ia boleh mengakibatkan rasa panas dan tak sedap badan.

Tidak percaya? Cuba la makan.

Bawang putih banyak mafaat dan khasiat. Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan juga mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, serta meredakan selsema.

Masih ramai yang tidak tahu khasiat bawang putih ini:

7 Khasiat Bawang Putih

Khasiat 1# Mengurangkan risiko strok

Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

Khasiat 2# Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkanfree radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser.

Khasiat 3# Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Khasiat 4# Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

Khasiat 5# Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Baca juga  Cara mudah ini boleh menjadikan kulit anda putih dan berseri

Khasiat 6# Meningkatkan sistem imunisasi

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!

Khasait 7# Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.

Cara Sediakan Makanan Tambahan Dengan Bawang Putih.

Bahannya :

1 Ulas Bawang Putih
1 Sudu Madu Asli
Sudu Plastik

Caranya :

Potong beberapa hirisan bawang putih atau menumbuknya, kemudian tambahkan satu sudu madu. Anda boleh mula minum dan amalkan setiap pagi sewaktu perut masih kosong . Minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke pelbagai pelusuk dunia. Menurut laman web World Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pergh! Lama kan?

Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Bukan hanya di Mesir sahaja tetapi masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini