7 Makanan Yang Makan Banyak Gila Pun Anda Tidak Akan Gemuk!


Ramai yang risaukan gemuk. Tetapi berapa ramai yang menitikberatkan pengambilan makanan yang sihat dan tidak menggemukkan.

Di bawah ini kami kongsikan makanan yang kalau anda makan banyak gila pun anda tidak akan gemuk!

1# Popcorn

1 cawan popcorn yang dimasak menggunakan air popper dan ditabur sedikit garam hanyalah mengandungi 31 kalori. Jadi, tidak perlu risau anda akan gemuk sekiranya menikmati popocorn ini sebagai snek sewaktu menonton filem kegemaran.

snek sihat

2# Arugula

Sayur daun Arugula atau lebih dikenali dengan nama Salad Rocket di Malaysia. Sayur arugula kadangkala digunakan sebagai campuran dalam Western Salad. Arugula dicampur dengan minyak zaitun, sedikit keju Parmesan dan ditabur sedikit garam laut adalah pembuka selesa yang sihat sebelum menikmati juadah lain. 2 cawan Arugula mengandungi hanya 10 kalori sahaja!

sayur arugula

3# Blueberries

1 cawan blueberries segar dan dicampur dengan yogurt dan jus lemon kemudian dikisar menjadi ‘smoothies’ segar. Sedap. Ianya hanya mengandungi 85 kalori. Blueberries juga sesuai dimakan dengan menu sarapan lain seperti bijirin atau oat.

fresh blueberries

4# Saderi

Orang Malaysia konpius antara Saderi dan Celery. Benda yang sama sahaja. Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja beza dia. Saderi adalah sejenis sayuran yang mengandungi 95% air dan hanya 5% fiber boleh larut dan tak larut. 2 batang saderi hanya mengandungi 13 kalori dan mampu memberi lebih banyak bahan berfiber. Cuba ambil sebatang saderi, basuh bersih-bersih dan celup sedikit sos thousand island..pergh..

saderi celery

5# Edamame

Makanan apa edamame ni? Kalau anda perasan, rupanya seperti petai. Selalu ada di atas conveyor belt di kedai sushi. Edamame akan distim sebelum dimakan. Rasanya sedikit masin-masin dan mengandung 130 kalori untuk setiap kuantiti 1 cawan. Boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan salad, sayuran di dalam pasta dan juga boleh dikisar menjadi smoothies! Tetapi ramai yang lebih suka secara stim. Cubalah!

edamame

6# Telur Putih

Dalam sebiji telur (bahagian putih sahaja!) mengandungi 4 gram protein dan 17 kalori. Jadi, makanlah sebanyak mana anda suka, tak gemuk pun. Pelbagaikan menu dengan telur putih ini. Gabungkan dengan salad, tomato ceri atau telur dadar. Tetapi jangan teruskan abaikan telur kuning yang kaya dengan vitamin dan mineral, termasuklah kalori yang tinggi. Sekali-sekala apa salahnya kan?

resipi telur dadar

7# Buah Oren

Buah oren tergolong dalam buah-buahan citrus. Ianya kaya dengan Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita setiap hari. Selain itu, nutrien lain yang diperlukan seperti potassium, vitamin B1 dan folate turut terkandung di dalam sebiji oren. Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi 62 kalori. Kandungan air dan serat fiber di dalam buah oren akan membuatkan anda kenyang sehingga ke waktu makan seterusnya.

khasiat buah oren

Banyak kan makanan yang boleh anda makan tanpa risau dengan masalah kegemukan? Sebenarnya ada banyak lagi seperti cendawan Portabello, rumpai laut, strawberry, kacang peas, kentang manis dan lain-lain lagi.

Ye, makanan ini juga digalakkan kerana banyak khasiatnya. Apa yang penting, makanan ini semua adalah makanan sihat dan patut diambil tanpa berlebihan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini