Memang tidak dinafikan dari satu pandangan, penggunaan gajet kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kepada perlakuan kanak-kanak, seperti perlakuan anti-sosial mahupun masalah kesihatan, seperti kerosak mata atau lebih teruk lagi, saraf motor anak terganggu.

1# Berdoa Daripada Yang Maha Memberi

Berdoa dan memohonlah daripada-Nya. Sebelum kita mulakan , langkah pertama apa-apa pun doa dulu mohon Allah bantu. Sebab, buatlah apa cara sekalipun kalau Allah tak bantu memang susah nak menjadi.

2# Hadkan Masa Penggunaan

Hadkan masa bagi anak menggunakan gadjet. Ini bagi mengelakkan anak leka ataupun lalai apabila mula menggunakan gadjet dan aplikasi yang terdapat di dalamnya. Jika anak-anak dibiarkan bermain gajet, memang akan berlarutan. Kalau dibiarkan, memang boleh jadi seharian pun belum tamat. Jadi kita perlu menetapkan masa mereka bermain, dan ajar mereka sejak dari kecil lagi agar mematuhi peraturan tersebut.

Sebagai contoh, gunakan jam randik atau jam loceng untuk menetapkan masa menggunakan gajet. Tetapkan sejam, atau dua jam; dan sebaik sahaja jam tersebut berbunyi, anda perlu mengambil semula gajet tersebut. Mungkin sukar pada mulanya untuk memulakan langkah ini, tapi kaedah ini juga dipanggil conditioning.

3# Lakukan Aktiviti Bersama

Lakukan aktiviti di dalam ataupun di luar rumah seperti berkebun beriadah, mengemas rumah ataupun sebarang aktiviti supaya anak-anak tidak leka dengan gadjet dan permainan video.

Janagan biasakan anak-anak diumpan dengan gajet bagi mendiamkan mereka. Sebagai contoh, semasa di restoran menunggu pesanan makanan tiba, beri mereka pen dan kertas kosong untuk mereka melukis atau menconteng. Biarkan mereka sibuk dengan aktiviti lain.

4# Penggunaan Gajet Sebagai Bahan Ganjaran

Anda selaku ibubapa boleh menggunakan kaedah ini untuk menyuruh anak anda melakukan sesuatu. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan masa untuk bermain gajet. Sebagai contoh:

  • Basuh pinggan mangkuk di dapur: 30 minit masa tambahan.
  • Basuh tandas: 15 minit masa tambahan
  • Mop lantai: 10 minit masa tambahan.
Baca juga  Berkongsi Akaun Social Media Adalah Ciri-Ciri Suami Takut Isteri

Disamping mengajar anak anda melakukan kerja-kerja rumah, kerja anda juga turut dimudahkan. Bak kata pepatah Inggeris, kill two birds with one stone. haha

#5 Delete Aplikasi Kegemaran

Delete semua video-video kartun yang menjadi tarikan pada anak. Secara pilihan lain, tinggalkanlah 1 atau 2 cerita dalam gallery walid berdurasi pendek (10 minit) dan padam satu lepas beberapa minggu, dan padam semua bila rasa sesuai. Jadi dengan 1 video ini, lama-lama anak-anak berada bosan.

Oh ye, Youtube dan anak-anak memang berpotensi menjadi “sahabat baik”. Jadi, jika perlu, bolehlah delete aplikasi Youtube di smartphone untuk elakkan mereka mengadap gajet dengan lama.

#6 Ibu Bapa Tunjuk Contoh Yang Baik

Ibu bapa sendiri perlu memulakan langkah pengurangan penggunaan gajet di depan anak-anak terlebih dahulu. Jikan anda sebagai ibu bapa tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di depan anak-anak, pasti mereka sukar untuk memahami peraturan yang ditetapkan oleh anda. Bak kata pepatah Melayu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

#7 Konsisten

Konsisten dengan peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya anda hanya membenarkan penggunaan gajet untuk tempoh masa 10 minit, terus ambil gajet daripada anak-anak apabila cukup tempoh. Jangan lengah-lengahkan. Peraturan ini perlu sentiasa konsisten dan sentiasa diulangi.

Kami kongsikan hanya 7 tips elak ketagihan penggunaan gajet, kalau difikirkan, banyak lagi tips yang best-best. Apa-apa pun, paling penting, ibu bapa itu sendiri tidak membelikan gajet persendirian untuk kanak-kanak yang masih bayi dan di peringkat sekolah rendah. Jika tak, anak-anak akan menganggap itu hak peribadi mereka yang mereka akan memberontak sekiranya dilarang.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini