Memiliki kamera DSLR yang harganya lebih mahal berbanding kamera kompak menjadi idaman ramai. Ada yang sanggup mengikat perut demi memilikinya. Tetapi tidak ramai yang tahu tips penjagaan yang perlu bagi memastikan kamera DSLR tidak mengalami masalah atau dijangkiti ‘fungus’.
Kamera DSLR lebih sensitif dan perlu lebih diberi perhatian berbanding kamera kompak biasa. Di dalam body DSLR, bukan hanya mempunyai komponen yang perlu dijaga, tetapi juga komponen mekanikal yang sentiasa diselenggara dengan baik.
Jom kami kongsikan 7 Tips Penjagaan Kamera DSLR yang perlu diketahui:
1# Terus Bersihkan Selepas Guna.
Ini perkara utama yang selalu dipandang ringan. Bersihlah kamera DSLR menggunakan blower, swiper mahu pun microfiber cloth. Pastikan tiada habuk, debu, pasir atau air melekar di ‘body’ DSLR itu.
2# Simpan Kamera Di Dalam ‘Dry Box’
Ramai pemilik DSLR tidak menyimpan DSLR mereka di dalam kotak kering (dry box). Tidak perlu pun membeli kotak kering yang mahal-mahal di pasaran, cukuplah sekadar menyediakan ‘container’ plastik, letak gel gilika dan tutup rapat-rapat. Ini memastikan udara di dalam kotak tersebut sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan kulat (fungus) pada lens kamera.
3# Elak Dari Sinaran Matahari Yang Berterusan.
DSLR mempunyai komponen yang sensitif dengan cahaya matahari berterusan. Suhu ‘body’ DSLR juga mempunyai had yang perlu dijaga untuk jangka masa yang panjang.
4# Pasang LCD Screen Protector
Jangan kedekut untuk memasang LCD Screen Protector yang mampu melindungi LCD DSLR. Jika tidak, LCD berisiko untuk senang pecah (seperti skrin smartphone!). Kos untuk menggantinya sangat tinggi!
5# Elak Terkena Air
Ada kamera DSLR yang ‘waterproof’ tetapi tidak semua. Bergantung kepada material ‘body’ DSLR. Kamera yang dimasuki air berisiko berlaku ‘litar pintas’ pada komponen eletronik. Jika ini berlaku, kos untuk membaiki menyamai harga seunit kamera DSLR. huhu
6# Pasang Strap Yang Berkualiti
Jika tidak menggunakan tali penggantung atau ‘strap’ yang original, belilah strap yang berkualiti tinggi. Tidak mudah putus. Jika strap terputus, ianya berisiko memecahkan lens atau ‘body’ DSLR.
7# Ikut Prosedur Yang Betul Semasa Menukar Lens
Setiap kali menukar lens, kamera DSLR yang terdedah berisiko untuk dimasuki habuk, serangga kecil, pasir dan sebagainya. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ambil beberapa langkah yang perlu semasa proses penukaran lens;
- hanya tukar lensa jika perlu
- tukar lens di tempat selamat (tidak berdebu, di tempat kering/bersih)
- ‘switch off’ kamera terlebih dahulu.
- halakan kamera ke bawah seperti ketika mengambil gambar kaki.
- pastikan anda membelakangi arah angin
- tukar dengan pantas dan cermat.
- jika anda mengesyaki debu atau habuk telah masuk, blow lens atau bahagian sensor terlebih dahulu.
Kamera DSLR mampu memberi kepuasan mengambil gambar secara maksima sekiranya fungsi dan ‘performance’nya berada pada tahap optimum. Untuk pasti ianya berfungsi dengan baik, pastikan langkah penjagaan kamera DSLR ini diambil pada setiap masa sampai bila-bila ye…