Memakai perfume ada banyak kelebihannya. Bauan perfume yang menyenangkan ini memberi kesan yang besar dalam pergaulan kita bersama rakan dan orang sekeliling. Orang yang memakai wangi-wangian akan disenangi dan didampingi oleh orang. Ia juga akan nampak lebih yakin dan berterampilan.
Perfume / wangi-wangian akan dapat mempengaruhi emosi si pemakai dan juga orang sekitarnya. Ia akan mempengaruhi minda untuk menjadi positif dan tenang. Urusan seseorang akan menjadi bertambah lancar apabila dia mengenakan perfume.
Perfume yang berjenama dan sedikit mahal harganya biasanya mempunyai ketahanan bau yang agak lama. Namun ada cara memakainya. Ramai daripada kita yang tidak tahu macamana memakai perfume dan membuat semburan yang betul.
Di sini ada 9 cara memakai / menggunakan perfume dengan cara yang betul:
1. Semburlah perfume di permukaan kulit yang kering.
Seeloknya sejurus selepas mandi. Lap badan sehingga kering dan terus mengenakan semburan perfume pada badan. Cara yang betul ialah pegang botol 3-8 inchi daripada kulit
2. Permulaan yang ringan
Jika anda baru menggunakan perfume, ataupun baru bertukar kepada jenama yang baru, seeloknya sembur sedikit dahulu. Anda boleh mencuba membuat satu semburan sahaja di bahagian dada. Apabila anda sudah biasa dengan bauan baru ini, bolehlah anda menyembur lagi ke bahagian badan yang lain.
3. Semburkan perfume di kawasan “berhaba”
Ini untuk membolehkan haba daripada badan anda berinteraksi dengan perfume dan akan mendorong aroma sepanjang hari. Anda boleh mulakan dengan bahagian badan yang paling panas: dada, leher, bawah rahang, pergelangan tangan, bawah lengan, pada lipatan lengan dan bahu.
Jangan sembur pada bahagian-bahagian ini secara serentak sebaliknya sembur di satu bahagian dahulu. Setelah anda mengenali bau hasil tindakbalas haba di kawasan semburan, anda bolehlah membuat semburan di 2-3 tempat berhaba yang lain.
4. Semburan semula dibuat hanya jika perlu.
Anda boleh menambahkan semburan di pergelangan tangan bergantung kepada berapa lama perfume anda bertahan. Biasanya bau akan berkurangan di sebelah petang.
5. Jangan menggosok kulit tempat semburan ke bahagian badan yang lain.
Menggosok minyak wangi ke atas kulit kelihatan seperti perkara biasa. Hakikatnya, ia akan memecahkan ikatan molekul, menjadikan aroma lebih lemah.
6. Jangan sembur perfume dan berjalan ke arahnya
Menyembur perfume ke udara dan berjalan ke dalam kabus semburan tiada gunanya. Kebanyakan bau jatuh terus ke lantai.
7. Jangan semburkan perfume pada pakaian anda.
Dalam kes ini, wangian tidak dapat bercampur dengan minyak dan haba daripada badan menyebabkan proses tindakbalas antara haba dan minyak daripada badan dan perfume tidak berlaku secara natural.
Lagipun minyak dalam perfume mudah merosakkan kain.
8. Jangan percikkan perfume
Jika anda menggunakan Cologne daripada botol biasa, letakkan satu jari pada mulut botol dan alihkan jari secara lembut. Kemudian sentuh jari yang ada cologne tadi ke tempat-tempat seperti yang dinyatakan di atas.
9. Sedikit tetapi lebih dari cukup.
Haruman harus ditemui, bukan diumumkan. Orang yang dekat dengan anda pasti boleh mencium bau cologne anda, tetapi tidak dapat dikuasai olehnya.
Itulah 9 cara menggunakan perfume. Cuba cek samada anda membuat perkara yang betul ketika menggunakan perfume atau tidak.