•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Meminum air lemon sudah menjadi semakin popular sekarang. Di rumah, di pejabat, malah sesetengah restoran mula menyediakan air lemon kepada pelanggannya.

Ada orang yang memang menyukai akan rasa air lemon. Sebab tu mereka meminumnya setiap hari. Sesetengah yang lain pula percaya yang air lemon ni baik untuk penjagaan kesihatan.

Walaupun ada antara kebaikan-kebaikan lemon yang bakal dinyatakan di bawah ini tidak benar-benar disokong oleh bukti saintifik, namun ianya masih dipercayai sebagai air yang baik untuk kesihatan.

Kebaikan meminum air lemon

1. Boleh menurunkan berat badan

Satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan polyphenol antioxidants di dalam lemon boleh menurunkan berat badan walaupun tidak menjaga diet. Lebih banyak kajian lagi perlu dibuat untuk menentukan samada kesan yang sama boleh terjadi kepada manusia.

Orang yang meminum air lemon dilaporkan mudah ubtuk menurunkan berat badan walaupun belum dipastikan samada lemon ataupun meminum banyak air yang memberi kesan sebegitu.

2. Penghidratan yang lebih baik

Penghidratan yang baik adalah kunci kepada kesihatan. Secara umum, badan kita memerlukan antara 91 ke 125 ounce air sehari. Sebahagian air yang diperlukan badan kita dapat daripada makanan yang kita makan, namun sebahagian lagi kita perlu cukupkan dengan meminum air.

Air kurang menarik rasanya jika dimunum begitu sahaja. Jadi dengan menambahkan lemon ke dalam air kosong, ia memberi rasa berbeza.

3. Menambahkan Vitamin C

Vitamin C adalah anti oksidan dan ia Amat penting untuk kesihatan. Ia hanya boleh diperolehi daripada makanan.

Mendapat cukup vitamin C boleh mengurangkan risiko penyakit Cardiovascular, stroke dan tekanan darah tinggi. Ia juga sangat bagus untuk kulit.

Vitamin C juga boleh mempercepatkan kesembuhan daripada selesema. Lemon bukanlah Pembekal Vitamin C yang paling tinggi, tetapi menambahkannya kepada air kosong membantu mencukupkan keperluan vitamin kepada badan iaitu 60 mg sehari.

4. Membuatkan kulit nampak lebih muda

Meminum banyak air membuatkan kulit nampak lebih segar. Ia nampak lebih tegang dan licin dan ia mampu membuang toksin daripada badan melalui peluh.

Vitamin C dalam lemon boleh menolong mengurangkan kedutan pada kulit disamping menyokong pembentukan collagen dan elastin. Air lemon boleh menjadi alat yang sangat bagus untuk mendapatkan wajah yang muda.

5. Metabolisme yang lebih cepat

Sesetengah orang beranggapan dengan meminum segelas air suam sewaktu perut kosong di pagi dapat membantu sistem pencernaan. Tidak ada bukti yang nyata bahawa menambahkan lemon ke dalam segelas air memberi perbezaan besar, tetapi air secara umumnya pada perut kosong boleh membantu untuk mendapatkan metabolisme anda selepas beberapa lama.
Mendapatkan air yang mencukupi juga penting untuk mengelakkan sembelit. Jadi jika menambah lemon membuat anda lebih cenderung untuk minum air sebaik sahaja anda bangun, mengapa tidak?

Baca juga  10 Fakta Tentang Ciri Borderline Personality Disorder

6. Nafas yang lebih segar

Lemon menolong meneutralkan bauan. Jadi ia boleh menolong mengurangkan bau mulut selepas memakan makanan berbau seperti Bawang Putih, Petai, dan sebagainya.

Lemon juga merangsang pengeluaran air liur. Ini penting kerana mulut kering lebih berbau akibat pertumbuhan bakteria yang berlebihan.

7. Mengelakkan Batu Karang

Batu Karang pada asasnya adalah kalsium yang terkumpul, dan pakar-pakar mengesyorkan untuk mengambil lebih banyak asid sitrik bagi mengurangkan risikonya. Sebagai buah sitrus, lemon adalah sumber asid sitrik yang hebat.

Lebih banyak air juga penting untuk memastikan buah pinggang anda sihat, jadi kombinasi ini adalah amalan yang baik untuk orang-orang yang terdedah kepada penyakit Batu Karang.

Dengan meminum hanya ½ cawan jus lemon sepanjang hari sama seperti anda mengambil asid sitrik dalam ubat-ubatan preskripsi untuk orang yang mempunyai Batu Karang.

8. Menstabilkan mood

Kajian mendapati bahawa bau lemon dapat mengurangkan hormon tekanan yang mengawal mood. Minyak limau lazimnya digunakan dalam produk aromaterapi kerana sebab ini. Meminum air lemon menawarkan manfaat ini serta vitamin dan kalium dalam buah.

mood happy

Potassium/kalium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Tekanan darah tinggi ada kaitan rapat dengan tekanan. Jadi tidak mendapat cukup kalium boleh menjejaskan mood anda dan boleh menyebabkan tekanan darah anda naik. Air lemon boleh menjadi air untuk menenangkan mood anda.

9. Mengimbangkan nilai pH badan

Mempunyai ‘badan beralkali’ adalah lebih baik kerana penyakit seperti kanser lebih suka badan berasid. Macam jangga jer kan sebabnya lemon daripada keluarga limau dan limau adalah berasid.

Tapi tidak sebenarnya. Memakan lemon boleh membantu mencapai keseimbangan pH alkali yang sesuai dalam sistem pencernaan kita. Sebabnya ialah asid sitrik, sekali dimetabolisme, menghasilkan produk sampingan iaitu alkali.

Jadi amalan meminum air lemon ini boleh mencegah daripada penyakit kanser…!

Konklusinya, meminum air yang mencukupi tidak pernah menjadi sesuatu yang tidak baik. Dan menambahkan lemon membuatkan amalan tadi bertambah baik. Minum air lemon menyediakan beberapa nutrien dan antioksidan yang bermanfaat bersama dengan penghidratan penting.

Minum air lemon, terutama pada waktu pagi, telah menjadi amalan Ayurveda selama ribuan tahun. Ayurveda adalah sejenis penjagaan kesihatan semulajadi, yang sebahagian besarnya diamalkan di India. Ia memberi tumpuan kepada mengimbangi tenaga untuk mengelakkan penyakit. Samada benar atau tidak idea perubatan holistik purba ini kepada anda, yakinlah bahawa gabungan antara lemon dan air ini sangat bagus untuk kesihatan badan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini