9 Petua Dan Cara Mudah Bangun Awal Pagi

petua bangun pagi

Bukan sahaja pelajar, mereka yang sudah bekerja juga turut menghadapi masalah untuk bangun awal pagi. Ada juga yang sudah ‘set’kan loceng jam dan smartphone tetapi tetap terlepas masa bangun tidur yang sepatutnya.

Boleh masalah ini diatasi? Ya boleh. Ini bukanlah satu penyakit tetapi hanyalahmasalah diri yang boleh diatasi. Pendek kata, orang lain boleh bangun awal pagi, kenapa tidak kita?

Petua Dan Cara Mudah Bangun Awal Pagi

#1 Tidur Seawal 10.30 malam.

Secara logiknya, jika kita tidur awal maka kita akan bangun awal. Dan jika kita tidur lewat sudah pasti akan bangun lewat.

Walaupun ada juga kajian bagi orang yang tidur lewat tetapi mudah bangun awal namun jumlahnya amat kurang berbanding fakta awal tersebut.

Sebaiknya selesaikan segera aktiviti malam kita seperti menonton televisyen, melayan anak-anak, makan bersama keluarga dan lain-lain sebelum jam 10 malam.

Ini akan memudahkan kita mendapat rehat yang cukup setelah seharian penat bekerja dan sebagainya.

2# Berwuduk Sebelum Tidur

Jadikan amalan berwudhuk sebelum tidur sebagai perkara wajib.

Ini kerana sebelum kita ‘mati’ sekejap dari alam dunia, elok bagi kita dalam keadaan suci dan bersih.

Ramai orang menganggap akan sukar jika tidur jika air menyentuh anggota wuduk kita.

Banyak kelebihan berwuduk sebelum tidur antaranya :

  • wuduk akan menenangkan otot badan
  • mampu mencerahkan kulit
  • dapat menghindarkan penyakit kulit
  • menyihatkan kulit
  • bebas dari kuman jahat
  • didoakan oleh malaikat

3# Baca Surah Al-Quran Ini

 Kelebihan surah Al Mulk                 :

  • Allah akan menghalanginya dari seksa kubur.

Kelebihan 4 Qul :

  • Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
  • Terhindar dari segala perkara yang buruk.

Kelebihan surah al-Waqiah :

  • Terhindar dari sifat lalai.
  • Dijauhkan dari kefakiran.
  • Akan dipermudahkan rezeki dan hajatnya.

Kelebihan ayat Kursi             :

  • Akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi.

4# Tidur Di Atas Rusuk Kanan.

Mungkin ramai yang tidak menyedari kelebihan tidur di atas rusuk kanan :

  • Merehatkan otak sebelah kiri.
  • Mengurangi jantung yang berada di sebelah kiri.
  • Merehatkan usus.
  • Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pancreas.
  • Merehatkan kaki kiri.
  • Menjaga kesihatan paru-paru.
  • Menjaga saluran pernafasan.

5# Hadap Dada ke Arah Kiblat.

Hadapkan dada ke arah kiblat adalah satu cara yang baik untuk kekal sihat.

Ini kerana Imam Ghazali menjelaskan tidur menghadap kiblat adalah salah satu adab tidur.

Dan ianya boleh dilakukan dengan dua  cara iaitu pertama, mengiringkan muka menghadap kiblat dan yang kedua, tidur terlentang dan kepala menghadap kiblat.

6# Tapak Tangan Kanan Sebagai Bantal

Cara yang diamalkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan meletakkan tapak tangan kanan sebagai bantal dan diletakkan di pipi kanan.

Cara ini menjadikan kepala kita tidak terlalu tinggi dengan badan dan itu tidak baik untuk leher.

Maka cara yang terbaik adalah kepala dalam keadaan rendah ke bawah supaya leher kita tidak sakit.

7# Sediakan ‘To-Do List” Untuk Aktiviti Esok Hari

Pastikan anda ada jadual harian secara minggu atau bulanan.

Ini membantu anda merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus segera.

Dahulukan perkara keperluan kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu banyak perkara.

Pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dan yang tidak penting dan tidak perlu segera letakkan di senarai bawah.

Gunakan masa dengan baik kerana masa ibarat pedang,  sifatnya memotong. Jika kita tak memotong masa, masa akan memotong kita. AWAS.

8# Niat Bersungguh-sungguh

Setiap apa yang dilakukan, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Begitulah juga dengan niat. Jangan sekali kita permain dengan kuasa niat.

Tetapkan sahaja jam berapa kita mahu bangun tidur. insyaallah dipermudah dan kita akan terjaga tepat pada masanya.

Ini semua berkait dengan keyakinan minda dengan interaksi tubuh badan kita. Tak percaya? Cubalah sekarang !

9# Buat Senaman Ringan

Lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur.

Ini supaya dapat melonggar dan melancarkan kembali otot serta darah kita setelah rehat selama beberapa jam.

Dan salah satu senaman ringan yang perlu dibuat ialah senyum.

Senyum adalah satu cara paling mudah untuk merenggangkan otot malah meningkatkan sel-sel positif kita pada pagi hari.

Bolehlah diamalkan 9 Petua Bangun Awal Pagi ini untuk memastikan kita bangun awal pagi. Jadi, usaha kita untuk mencari rezeki setiap hari dapat dimulakan seawal pagi!

Selamat beramal!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini