Wabak HFMD yang menyerang kanak-kanak di negara ini 2~3 minggu lepas mulai mencatat penurunan yang sedikit melegakan hati ibu bapa. Trend menurun ini dijangka berterusan apabila cuti sekolah bermula pada minggu ini selama seminggu. Tetapi, sikap berhati-hati dan langkah mencegah penyakit ini daripada terus menular masih perlu diteruskan. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Berikut kami kongsikan langkah-langkah mencegah dan merawat HFMD secara semula jadi/natural yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
9 rawatan semula jadi bagi merawat dan mencegah penyakit HFMD
#1 Air Kelapa Segar
Simptom ketara pesakit HFMD ada luka melempuh di dalam mulut. Pada peringkat biasa, ini disebabkan badan pesakit terdehidrasi atau kekurangan air di dalam badan.
Air kelapa sejuk boleh bantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan itu. Malah ia merupakan cara semula jadi yang bagus bagi mengelak dehidrasi. Kesegaran air kelapa juga memberi tenaga kesan daripada airnya yang bersifat isotonik.
#2 Amalkan Memakan Sup Yang Tinggi Kandungan Kalogen
Sup panas boleh membantu tubuh pulih dari serangan virus HFMD. Bagi memastikan pemakan yang sihat, amalkan sup tulang ini.
Kandungan kalogen yang tinggi dalam sup tilang membantu penyembuhan kulit supaya kembali sihat.
#3 Cuci Dalam Dan Luar Mulut Bersih-bersih Selepas Makan
Campurkan 1/2 garam dalam segelas air. Kemudian, basuh dan cuci mulut secara berulang. Garam membantu seimbangkan tahap PH dan menyokong sistem imun badan.
Paling mudah, amalkan memakai sanitizer semasa membawa anak ke tempat awam. Elakka le tempat-tempat yang berpotensi tinggi mempunyai jangkitan HFMD.
#4 Percepatkan Proses Penyembuhan Dengan Minyak kelapa
Minyak kelapa bagus untuk mempercepatkan penyembuhan.
Kandungan antimikrob dan antiviral dalam minyak kelapa boleh memberi kelegaan dan mencegah penyebaran penyakit.
#5. Minum teh rooibos Antiradang Semula Jadi
Teh rooibos memang terkenal sebagai anti radang semula jadi yang kuat bagi mempercepatkan penyembuhan melawan virus HFMD.
Malah, ia turut diperakui oleh kajian yang mengatakan teh rooibs boleh menghalang influenza A dan Enterovirus.
#6 Pertingkatkan sistem Imun Tubuh Dengan Herba Echinacea
Mungkin anda pertama kali dengar nama herba ini, kan? Tapi ramuan herba Echinacea paling kuat dan berkesan dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Selain anti radang, ia memperbaiki masalah kulit dan melawan jangkitan.
#7 Masalah Kulit Diselesaikan dengan Minyak pati lemon
Minyak pati lemon bagus untuk menyokong tindak balas sistem imun. Jika digunakan secara terus, ia dapat sembuhkan masalah kulit.
#8 Tidur Lebih Selesa Dengan Minyak lavender
Lavender merupakan salah satu tanaman herba yang banyak digunakan oleh masyarakat dunia. Minyak lavender menjadi salah satu tanaman yang banyak digunakan dunia perubatan. Minyak lavender juga dikenali sebagai bahan aromaterapi kerana memiliki aroma yang bersifat penenang.
Apabila dijangkiti HFMD, pastinya tidur malam akan terganggu.
Jadi dengan menggunakan minyak lavender yang akan meresap ke dalam bilik mampu membuatkan tidur lebih selesa.
#9 Minyak Bunga Cengkih Tinggi kandngan Antiviral, Antiseptik dan Antiradang Kulit
Minyak bunga cengkih ini mempunyai kandngan antiviral, antiseptik dan anti radang kulit. Sebab itu, minyak ini popular untuk merawat HFMD ini.
Caranya, titiskan satu minyak ini di dalam mulut bagi kurangkan rasa sakit. Namun begitu, minyak ini tak boleh digunakan pada bayi dan ibu hamil.
Dengan perkongsian 9 cara rawatan semula jadi ini, diharap dapat bantu anda yang sedang melawan virus HFMD mahu pun pada mereka yang ingin mencegah penyakit senang berjangkit ini.
Paling penting, amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga anak-anak. Jika boleh, elakkan mengambil risiko membawa anak ke tempat-tempat berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak HFMD ini.