•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Antara bulan-bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Ramadhan ialah bulan Muharram. Jadi menambahkan amalan-amalan sunat di samping amalan wajib yang ada sangat-sangat digalakkan agama.

Antara hadith yang memperkatakan tentang amalan sunat di bulan Muharram ini ialah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam.”

(HR Muslim No: 1982)
Status: Hadith Soheeh

Daripada hadith ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa:

1. Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya.

2. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.

3. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

4. Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Kami senaraikan di bawah tarikh-tarikh yang perlu anda tandakan dalam kalendar untuk hari-hari yang boleh anda berpuasa sunat di bulan Muharra ini:

Baca juga  Cara Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

1. Isnin – 7 Muharram/17 September 2018 – Puasa sunat hari Isnin
2. Rabu – 9 Muharram/19 September 2018 – Puasa sunat Tasu’ah
3. Khamis – 10 Muharram/20 September 2018 – Puasa sunat Asyuraa
4. Jumaat – 11 Muharram/21 September 2018 – Puasa sunat bagi yang buat puasa Asyura
5. Ahad – Selasa – 13, 14 dan 15 Muharram/23, 24 dan 25 September 2018 – Puasa sunat Ayyaamul Bidh
6. Khamis – 17 Muharram/27 September 2018 – Puasa sunat hari Khamis
7. Isnin – 21 Muharram/01 Oktober 2018 – Puasa sunat hari Isnin
8. Khamis – 24 Muharram/04 Oktober 2018 – Puasa sunat hari Khamis
9. Isnin – 28 Muharram/08 Oktober 2018 – Puasa sunat hari Isnin

Manakala untuk solat malamnya (Qiamullail) anda boleh melakukannya pada setiap malam mengikut kemampuan anda seperti malam-malam yang lainnya juga.

Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9hb dan 10hb Muharam (19hb Sept hari Rabu dan 20hb Sept hari Khamis) di samping memperbanyak solat malam.

Moga amalan kita yang mengikut sunnah Rasulullah ini mendapat keredhaan Allah jua. Aameen Ya Rabbal ‘Alameen.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini